Skip to main content

Singapura

PUB, NEA cuba guna sisa makanan dan air untuk jana lebih banyak tenaga biogas

Satu kaedah baru menggunakan kedua-dua sisa makanan dan air untuk menjana biogas akan dilaksanakan di loji Tuas Nexus apabila ia dibuka pada 2025, menyusuli percubaan kaedah tersebut selama dua tahun yang berjaya membuahkan hasil, menurut PUB dan NEA pada Selasa (29 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
PUB, NEA cuba guna sisa makanan dan air untuk jana lebih banyak tenaga biogas

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 29 Jan 2019 05:01PM Dikemas Kini : 29 Jan 2019 05:07PM

SINGAPURA: Satu kaedah baru menggunakan kedua-dua sisa makanan dan air untuk menjana biogas akan dilaksanakan di loji Tuas Nexus apabila ia dibuka pada 2025.

Ini menyusuli percubaan kaedah tersebut selama dua tahun yang berjaya membuahkan hasil, menurut PUB dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Selasa (29 Jan).

Buat masa ini, semua loji pemulihgunaan air di Singapura menggunakan air kumbahan - pepejal dari air sisa buangan dari rumah-rumah - untuk menghasilkan biogas. Gas tersebut kemudian digunakan sebagai sebahagian sumber elektrik bagi loji tersebut.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan PUB dan NEA, menambah sisa makanan dalam proses rawatan tersebut akan menghasilkan dua kali ganda lebih banyak biogas.

Sebagai sebahagian daripada percubaan itu yang dilakukan di Loji Pemulihgunaan Air Ulu Pandan, sehingga 40 tan air kumbahan dan sisa makanan dari 23 premis dirawat setiap hari di kemudahan itu.

Percubaan itu mendapati bahawa keberkesanan menghasilkan biogas melonjak dua kali ganda jika air kumbahan dicampur dengan sisa makanan berbanding memproses hanya enap cemar air. Ia juga 40 peratus lebih berkesan berbanding dengan memproses sisa makanan dan enap cemar air secara berasingan.

Di loji Ulu Pandan, biogas yang dihasilkan dari air kumbahan membekalkan 25 peratus keperluan elektrik loji itu. Mencampurkan sisa makanan dan air kumbahan boleh meningkatkannya kepada 40 peratus, selepas mengambil kira kehilangan keberkesanan dalam menjana kuasa elektrik dari biogas.

Teknologi ini akan memacu keberkesanan oeprasi di Tuas Nexus, menurut kedua-dua agensi.

"Kami dapat memperkemas banyak proses, malah mengurangkan sesetengah proses tersebut, membantu kami mencapai pengurangan tenaga," kata pengurus besar loji Rawatan Air Ulu Pandan, Dr Kelvin Koh.

Sisa makanan yang digunakan semasa tempoh percubaan dikutip setiap hari dari 23 premis termasuk kem tentera, sekolah-sekolah, pasar dan pusat penjaja serta cawangan F&B.

Badan-badan yang terlibat dalam percubaan itu perlu mengasingkan sisa makanan daripada sampah-sampah lain dan membuangnya di tong khas bagi sisa makanan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita