Skip to main content

Singapura

PUB lancar kempen jimat air

Menjelang 2060, permintaan air di Singapura dijangka mencatat 860 juta gelen sehari. Ia bersamaan dengan lebih 1,500 kolam renang saiz Olimpik. 70 peratus daripadanya adalah permintaan sektor industri.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Feb 2019 07:23PM Dikemas Kini : 25 Feb 2019 09:58PM

SINGAPURA: Menjelang 2060, permintaan air di Singapura dijangka mencatat 860 juta gelen sehari. Ia bersamaan dengan lebih 1,500 kolam renang saiz Olimpik. 70 peratus daripadanya adalah permintaan sektor industri.

Satu tinjauan PUB mendapati walaupun warga Singapura mengetahui bahawa air adalah sumber yang terhad, bekalan air dan kemampanannya tidak dilihat sebagai penting.

Maka itu, agensi air negara PUB melancarkan kempen terbarunya - "Make Every Drop Count" - untuk memupuk sikap bertanggungjawab lebih kuat dalam kalangan rakyat Singapura supaya menjimatkan air.

Kempen tersebut juga bermatlamat untuk mengurangkan penggunaan air sehingga 130 liter setiap orang menjelang 2030 - satu sasaran yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean pada Oktober tahun lalu.

Kempen yang dilancarkan pada Sabtu (23 Feb) itu seiring dengan pelancaran Hari Air Sedunia Singapura yang juga akan merasmikan gerakan #GoBlue4SG.

Antara kegiatan yang dirancang adalah sebuah kem yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan sosial, Better Trails. Pada Hari Air Sedunia pada 22 Mac, sebuah karnival GoBlue4SG juga akan diadakan di Bendungan Marina.

Panduan-panduan turut diperkenalkan PUB bagi menekankan lagi mesej jimat air.  

Sumber : CNA/NU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita