Skip to main content

Singapura

PUB lancar kelab bertemakan air untuk kanak-kanak

Sebuah kelab bertemakan air ditubuhkan di Singapura untuk kanak-kanak berumur sehingga 12 tahun, belajar tentang perubahan iklim dan penjimatan air.

Anggaran Waktu Membaca:
PUB lancar kelab bertemakan air untuk kanak-kanak

(Gambar: PUB)

Diterbitkan : 29 Dec 2020 08:28PM Dikemas Kini : 29 Dec 2020 08:30PM

SINGAPURA: Sebuah kelab bertemakan air ditubuhkan di Singapura untuk kanak-kanak berumur sehingga 12 tahun, belajar tentang perubahan iklim dan penjimatan air.

Kelab itu ditubuhkan oleh Agensi Air Kebangsaan (PUB) dan tiada bayaran dikenakan untuk menjadi anggotanya.

PUB menyatakan kelab itu akan menganjurkan pelbagai kegiatan dalam enam bulan pertama tahun depan.

PUB juga hari ini (29 Dis) mendedahkan maskot terbarunya, Water Sally, iaitu adik kepada Water Wally.

Sepanjang tahun depan, kedua-dua maskot itu akan tampil dengan kerap di wadah online serta di acara-acara awam.

Sally dan Wally mahu menyemaikan amalan positif dalam penggunaan air kepada generasi muda, terutama sekali pelajar dan belia.

Ia juga membuka ruang untuk perbincangan tentang kemampanan air dan kesan perubahan iklim terhadap Singapura. 

Sumber : CNA/NZ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita