Skip to main content

Singapura

PUB guna sistem panel kuasa suria terapung berskala besar pertama S'pura jelang 2021

Agensi air negara PUB menyatakan menerusi kenyataan medianya pada Khamis (6 Jun) ia merancang untuk menggunakan sistem fotovoltan solar (PV) terapung dengan 50 megawatt (MWp) di Kolam Air Tengeh menjelang 2021.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Jun 2019 01:33PM Dikemas Kini : 06 Jun 2019 10:19PM

SINGAPURA: Agensi air negara PUB menyatakan menerusi kenyataan medianya pada Khamis (6 Jun) ia merancang untuk menggunakan sistem fotovoltan solar (PV) terapung dengan 50 megawatt (MWp) di Kolam Air Tengeh menjelang 2021.

Menurut PUB, sistem terapung Tengeh akan mengurangkan keperluan untuk mengeluarkan 28,000 tan karbon dioksida setiap tahun sepanjang ia beroperasi - sama dengan mengurangkan 6,000 kereta di Singapura.

Apabila sudah dipasang, ia bakal menjadi sistem PV solar terapung berskala besar yang pertama di Singapura dan antara yang pertama seumpamanya di seluruh dunia. Kali pertama PUB menguji sistem berkenaan di Kolam Air Tengeh adalah pada 2016.

Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli mengumumkan pada Khamis bahawa PUB akan melancarkan Permintaan bagi Saranan (RFP) yang bertujuan mengundang syarikat-syarikat sektor swasta untuk mereka, membina, memiliki dan mengendalikan sistem tersebut.

Sistem itu akan menjana tenaga mesra alam untuk menghasilkan kuasa bagi rawatan air dan dijangka menampung 7 peratus daripada keperluan tenaga PUB buat masa ini, selain mengurangkan jejak karbon Singapura.

Selain itu, dua sistem PV solar terapung lebih kecil dengan 1.5MWp di kolam-kolam air Bedok serta Lower Seletar bakal disediakan pada awal tahun 2020 - tender pembinaan bagi kedua-dua projek tersebut sudahpun ditutup dan akan diberikan pada suku ketiga 2019.

Sistem-sistem PV solar atas bumbung sudahpun dipasang di Chu Kang Waterworks, Bedok Waterworks, PUB WaterHub, Loji Penyulingan Tuas dan Loji Penambakan Air.

Menurut agensi itu: "Apabila sistem terapung di kolam-kolam air Bedok, Lower Seletar dan Tengeh selesai, PUB akan mempunyai jumlah kuasa solar sekitar 57MWp."

PUB menambah kapasiti itu akan membekalkan kuasa suria yang secukupnya untuk menjana kuasa yang sama seperti diperlukan untuk membekalkan tenaga kepada 15,500 flat 4-bilik HDB selama setahun.

Panel-panel kuasa suria di bumbung Loji Penambakan Air Tuas akan menambah lagi 5MWp kepada jumlah tersebut sesudah ia selesai dipasang menjelang 2025. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita