PUB gandakan pemeriksaan sebagai persediaan bagi musim tengkujuh
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Agensi air negara, PUB, menggandakan pemeriksaan pencegahan banjir yang dijalankannya bagi musim tengkujuh demi memastikan sistem penyaliran beroperasi pada paras optimum.
Walaupun cuaca diramal kering dan dingin pada permulaan tahun ini, Monsun Timur Laut lazimnya membawa hujan lebat dari Disember hingga awal Mac.

Antara langkah yang dilakukan Pasukan Respons Pantas PUB termasuklah mengagihkan peralatan mencegah banjir dan memberi nasihat kepada orang awam.
Namun di lokasi seperti Terusan Bukit Timah, usaha lebih rumit diperlukan. Ini melibatkan kerja-kerja meluaskan dan membina terowong tambahan.
Kawasan tersebut adalah antara sekitar 65 kawasan berisiko banjir yang bakal diberikan perhatian khas oleh PUB.
Pakar-pakar menyatakan usaha pencegahan banjir sedemikian amat penting sekarang di tengah-tengah perubahan iklim yang pesat berlaku.

Sumber : CNA/DY/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.