Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PUB cari dua remaja lelaki yang pancing secara haram di Merlion Park

Agensi air negara (PUB) meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai dua remaja lelaki yang dirakam memancing secara haram di Merlion Park, di kawasan Marina Bay.

Anggaran Waktu Membaca:
PUB cari dua remaja lelaki yang pancing secara haram di Merlion Park

Petikan skrin menunjukkan dua remaja lelaki memancing di Merlion Park. (Gambar: SBS - Sure Boh Singapore/Facebook)

Diterbitkan : 07 Sep 2018 05:58PM Dikemas Kini : 07 Sep 2018 06:08PM

SINGAPURA: Agensi air negara (PUB) meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai dua remaja lelaki yang dirakam memancing secara haram di Merlion Park, di kawasan Marina Bay.

Dalam rakaman video yang dimuat naik ke laman Facebook SBS - Sure Boh Singapore pada Khamis (6 Sep), dua budak lelaki dilihat memancing apa yang dipercayai adalah ikan jenis 'peacock bass'.

Sorakan gemuruh dapat didengar sedang salah seorang daripada mereka menarik pancing berkenaan.

PUB meninggalkan komen di catatan Facebook tersebut pagi tadi (7 Sep), yang menyatakan bahawa memancing di Merlion Park adalah satu perbuatan terlarang.

PUB kemudian menyatakan di laman Facebooknya sendiri bahawa ia sedang menyiasat kejadian tersebut.

"Sila kirimkan mesej kepada kami jika anda mempunyai maklumat mengenai dua individu tersebut," menurut catatan PUB.

"Kami juga ingin mengingatkan orang ramai supaya hanya memancing di tempat-tempat yang dikhususkan bagi kegiatan tersebut."

Memancing hanya dibenarkan di lokasi-lokasi tertentu di 15 kolam air dan laluan air seperti Kolam Air Bedok, Kranji, Lower Pierce, Lower Seletar serta Sungai Geylang, Tasik Jurong, dan Terusan Pang Sua. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan