Skip to main content

Singapura

PUB beri amaran risiko banjir kilat di beberapa bahagian Singapura

Agensi air negara PUB memberi amaran tentang risiko banjir kilat di beberapa bahagian Singapura sedang hujan lebat berterusan turun di merata negara pada petang Ahad (27 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Agensi air negara PUB memberi amaran tentang risiko banjir kilat di beberapa bahagian Singapura sedang hujan lebat berterusan turun di merata negara pada petang Ahad (27 Feb).

Banjir kilat dilaporkan di simpang Ubi Avenue 3 dengan Eunos Link dan jalan susur keluar PIE di Bedok North Avenue 3.

Para pegawai dikerah untuk memberi bantuan, menurut agensi itu dalam satu catatan Facebook pada 2.20 petang.

Pada pukul 2.32 petang, PUB memaklumkan bahawa banjir kilat di Bedok North Avenue 3 sudah surut.

Banjir di persimpangan Ubi Ave 3 dan Eunos Link juga sudah surut, kata agensi itu dalam kemas kini sekitar 2.41 petang.

Amaran risiko banjir juga dikeluarkan di Terusan Bedok, Jalan Nipah, Bedok Road, Taman Bedok dan Jalan Chempaka Kuning.

Selain itu, paras air dalam longkang dan terusan telah mencapai 90 peratus di Ang Mo Kio Avenue 5, Tanjong Pagar Road, Macpherson Road, Playfair Road, Bayshore Park dan Ubi Avenue 2.

PUB menggesa orang ramai supaya menjauhi kawasan tersebut.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita