PUB beri amaran banjir kilat, cuaca hujan diramal 19 hingga 21 Mac
Anggaran Waktu Membaca:
Hujan lebat di Singapura pada 3 Mac, 2023. (Gambar fail: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Agensi Air Negara (PUB). memberi amaran pada Isnin (17 Mac) bahawa banjir kilat mungkin berlaku, dengan cuaca hujan yang diramalkan bagi hujung minggu ini.
Peningkatan monsun dijangkakan antara 19 hingga 21 Mac, yang menyebabkan hujan lebat di merentas Singapura, menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS).
Tambahan lagi, MSS meramalkan bahawa peningkatan itu juga akan menyebabkan keadaan yang berangin dan lebih sejuk, termasuk suhu minimum harian sekitar 22 darjah Celsius.
Suhu harian setelah itu mungkin berada di sekitar 24 hingga 34 darjah Celsius pada kebanyakan hari pada Mac.
Peningkatan monsun ini berlaku sedang angin utara-timur semakin kuat di Laut China Selatan, yang akan menyebabkan awan hujan yang luas terbentuk di kawasan sekitarnya.
"Hujan lebat mungkin menimpa longkang dan terusan kita buat sementara waktu, menyebabkan banjir kilat," menurut PUB dalam satu catatan di Facebook, menasihatkan orang ramai agar meneliti amaran banjirnya dan membuat perubahan kepada perjalanan yang dirancangkan dengan sewajarnya.
Hujan singkat berserta guruh turut diramalkan buat tempoh dua minggu akhir bulan Mac, menurut MSS.
MSS menambah bahawa ia menjangkakan keseluruhan hujan bagi separuh kedua bulan itu akan "melebihi purata" di kebanyakan bahagian Singapura.
Purata air hujan untuk Mac ialah 151.7mm, mengikut sejarah data antara 1991 dan 2020.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.