PUB bakal tambah lagi 650 sensor paras air termasuk amaran banjir pada Google Maps
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Kira-kira 650 sensor bagi memantau paras air akan dipasang di seluruh Singapura menjelang hujung 2028, menambah kepada lebih 1,000 sensor yang sudahpun dipasang di longkang dan terusan untuk mengukuhkan keupayaan pengurusan banjir negara ini, menurut PUB pada Isnin (17 Nov).
Agensi air negara itu juga sedang bekerjasama dengan Google untuk menyepadukan amaran banjir pada platform Google Maps, dengan ciri yang dirancangkan itu akan memberikan pemandu dan penumpang akses kepada maklumat banjir untuk merancang laluan mereka dengan lebih baik semasa hujan.
Amaran banjir sudahpun disediakan di aplikasi Grab dan unit dalam kenderaan (on-board units) Sistem Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).
Langkah-langkah ini diumumkan semasa PUB melancarkan kempen daya tahan banjir kedua pada Isnin (17 Nov) menjelang musim Monsun Timur Laut, yang dijangka bermula hujung November dan berlarutan sehingga Mac 2026.
"Melalui pemantauan yang dipertingkatkan, amaran masa nyata dan pelibatan masyarakat, PUB sedang mengukuhkan daya tahan banjir Singapura," menurut agensi itu.
Timbalan Ketua Eksekutif Kelompok Daya Tahan Banjir PUB, Angela Koh, menambah bahawa pemantauan dan tindak balas banjir adalah bahagian penting dalam usaha agensi itu untuk mengurangkan kesan banjir.
Selain data daripada sensor paras air, PUB menggunakan maklumat daripada lebih 500 kamera litar tertutup (CCTV), alat pengukur hujan, radar cuaca dan kenderaan tindak balas banjir untuk meningkatkan keupayaan ramalan hujan dan tindak balas banjir.
Rangkaian sensor paras air yang diperluaskan akan menyediakan liputan pemantauan kira-kira satu sensor bagi setiap kilometer laluan air dan terusan utama, membolehkan pengesanan paras air yang meningkat dengan lebih pantas dan penggunaan pasukan tindak balas pantas yang lebih cepat.
"Sensor ini juga menyokong siasatan pasca banjir dan membantu kami menilai keberkesanan infrastruktur saliran kami dengan lebih baik," kata Cik Koh.
Sensor-sensor itu akan menyalurkan data ke Grid Saliran Bijak (Smart Drainage Grid) PUB, yang menganalisis data sensor dan curahan hujan daripada alat pengukur hujan untuk membantu mengenal pasti punca banjir dan menyarankan langkah-langkah penambahbaikan.
PUB juga memberikan perkembangan terkini mengenai usaha untuk mengurangkan kesan banjir di Bukit Timah dan Yishun.
Kerja-kerja sedang dijalankan untuk melebarkan dan mendalamkan laluan Terusan Bukit Timah sepanjang 900m - dari Rifle Range Road ke Jalan Kampong Chantek - untuk meningkatkan keupayaannya bagi menampung curahan air hujan sebanyak 30 peratus.
Ini sepatutnya siap pada tahun 2024, tetapi ditangguhkan sehingga 2026 untuk diselaraskan dengan pembangunan koridor hijau.
PUB pada Isnin (17 Nov) menyatakan terdapat rancangan untuk menaik taraf secara bertahap-tahap baki laluan hiliran, serta meluaskan longkang di tepi jalan di sepanjang Prince’s Road, King’s Road dan Queen’s Road.
Langkah-langkah mitigasi banjir juga sudah dilaksanakan selepas banjir kilat berlaku di Yishun Avenue 7 pada April lalu.
PUB menambah banjir itu disebabkan oleh pembetung bersaiz kecil di Yishun Avenue 7 dan longkang di tepi jalan hiliran yang menuju ke Yishun Street 22, yang menyebabkan air melimpah dan membanjiri jalan raya.
Empangan kecil (weirs), iaitu penghalang yang mengubah kelajuan dan pengaliran air, sudah dipasang di longkang di Yishun Street 22 dan Yishun Avenue 7.
Susur di Yishun Avenue 7 sudah diubah suai menjadi penghalang banjir, manakala injap sehala juga sudah dipasang, dengan PUB sedang memantau keberkesanannya.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.