Skip to main content

Singapura

PUB bakal hasilkan tenaga suria di kolam air Bedok, Lower Seletar

PUB mengumumkan hari ini (30 Apr) bahawa ia akan membuka tender untuk menjalankan kajian kejuruteraan bagi penggunaan sistem fotovolta suria di kolam air Bedok dan Lower Seletar.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Apr 2018 04:33PM Dikemas Kini : 30 Apr 2018 11:03PM

SINGAPURA: PUB mengumumkan hari ini (30 Apr) bahawa ia akan membuka tender untuk menjalankan kajian kejuruteraan bagi penggunaan sistem fotovolta suria di kolam air Bedok dan Lower Seletar.

Dalam kenyataannya, agensi air negara itu menyatakan terdapat potensi untuk menggantikan sebahagian sistem grid tenaga yang digunakan bagi operasi air gelungnya menggunakan tenaga suria.

Operasi seperti itu termasuk mengepam air mentah dari kolam air ke bekalan air lain, menghasilkan pengeluaran air minum, rawatan air sisa dan pengeluaran NEWater serta air laut yang disuling.

PUB menerangkan bahawa tenaga suria akan dijana panel-panel yang dipasang di bumbung bangunan dan permukaan kolam air.

"Tender PUB bagi kajian kejuruteraan akan meninjau secara terperinci reka bentuk sistem suria dengan tenaga 1 MWp di Kolam Air Seletar dan sistem terapung suria PV di Kolam Air Bedok."

Setiap sistem suria masing-masing berukuran 1 hektar dan 1.5 hektar dan akan membentuk kurang 2 peratus permukaan kolam air, menurut PUB.

Panel-panel terapung itu akan dipasang di tempat yang jauh daripada kawasan di mana kegiatan-kegiatan air sering dijalankan.

PUB menambah bahawa sistem PV 0.5 MWp akan dipasang di bumbung Bekalan Air Bedok tahun ini.

Kedua-dua sistem dianggarkan dapat mengurangkan pengeluaran karbon iaitu sekitar 1.3 kilo tan karbon dioksida setiap tahun - iaitu setara dengan usaha mengeluarkan 270 kereta daripada jalan raya Singapura setiap tahun.

Dengan sistem PV tambahan di bumbung Bekalan Air Bedok, jumlah jejak karbon akan dikurangkan sebanyak sekurang-kurangnya 1.5 kt karbon dioksida setiap tahun, menurut PUB.

Meskipun sistem suria PV kecil, kata Ketua Pegawai Eksekutif Ng Joo Hee, ia mampu membuat rawatan air lebih hijau dan kurang bergantung kepada penggunaan bahan api.  

Sumber : CNA/AQ/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita