Skip to main content

Singapura

PUB akan salur S$12 juta untuk tingkat kecekapan air bagi fabrikasi wafer, pusat data: DPM Gan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 Jun 2026 10:56AM Dikemas Kini : 25 Jul 2026 11:05PM
  • PUB menyalurkan S$12 juta untuk membangunkan penyelesaian penjimatan air bagi sektor fabrikasi wafer dan pusat data, diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong pada 16 Jun di Singapura.
  • Inisiatif ini sebahagian daripada dana S$97 juta daripada Yayasan Penyelidikan Nasional di bawah pelan RIE 2030, dengan baki S$85 juta untuk inovasi air bandar.
  • PUB akan bekerjasama dengan universiti, institut penyelidikan, persatuan perdagangan, dan syarikat industri melalui perikatan dan MOU untuk mengenal pasti serta menguji teknologi baharu.
  • Langkah ini bertujuan meningkatkan kecekapan air, menyokong pertumbuhan ekonomi, kemampanan alam sekitar, dan membangunkan penyelesaian yang boleh digunakan di peringkat global.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Agensi air negara, PUB, akan menyalurkan dana sebanyak S$12 juta untuk membangunkan huraian bagi menjimatkan air untuk fabrikasi wafer dan pusat data, umum Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong pada Selasa (16 Jun).

Kedua-dua sektor ini penting kepada ekonomi Singapura dan antara yang paling intensif air, tambah DPM Gan.

Bagi fabrikasi wafer, matlamatnya adalah untuk membangunkan huraian rawatan dan kitar semula yang cekap dari segi kos, dan untuk pusat data, Singapura merancang untuk meningkatkan kecekapan air tanpa menjejaskan kecekapan tenaga, kata DPM Gan, yang juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan.

Dana tersebut merupakan sebahagian daripada hampir S$97 juta jumlah dana yang akan diterima PUB daripada Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF) di bawah domain penyelesaian dan kemampanan bandar Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan (RIE) 2030, menurut PUB dalam kenyataan media berasingan.

RIE ialah pelan tindakan R&D nasional yang diperbaharui setiap lima tahun.

Baki S$85 juta akan digunakan untuk membangunkan huraian air bandar yang inovatif, menambah kepada S$74 juta dalam pembiayaan yang diikrarkan di bawah RIE 2025.

“Matlamat kami bukan sahaja untuk memenuhi keperluan Singapura sendiri. Kami juga ingin membangunkan huraian yang boleh diaplikasikan di bandar dan industri di seluruh dunia,” kata DPM Gan di majlis perasmian Minggu Air Antarabangsa Singapura pada Selasa (16 Jun).

“Jika kami dapat membantu pengguna industri mengurangkan, menggunakan semula dan mengitar semula air dengan lebih cekap, ini akan menyokong pertumbuhan ekonomi dan kemampanan alam sekitar.”

Kedua-dua industri menyediakan komponen dan perkhidmatan kritikal yang menyokong kemajuan dalam kecerdasan buatan (AI).

Langkah PUB ini menyusuli pengumuman baru-baru ini oleh pembuat cip memori Amerika Syarikat, Micron Technology dan pembuat peralatan semikonduktor, Applied Materials untuk mengembangkan kehadiran mereka di Singapura.

Pada Selasa (16 Jun), PUB menyatakan bahawa ia akan bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan – universiti, institut penyelidikan, persatuan perdagangan, penyedia teknologi dan pengguna akhir industri – untuk membangunkan dan mengesahkan teknologi.

Menghubungkan pakar dengan pengguna industri yang relevan akan menjadikan teknologi lebih cenderung digunakan di dunia nyata, dengan menyokong penggunaannya dalam sektor fabrikasi wafer dan pusat data, menurut PUB.

MENCARI HURAIAN

Bagi membentuk Perikatan Ekosistem Inovasi Huraian Air Perindustrian untuk sektor fabrikasi air dan pusat data, dua Memorandum Persefahaman (MOU) akan ditandatangani semasa Minggu Air Antarabangsa Singapura.

PUB akan bekerjasama dengan pusat Separation Technologies Applied Research and Translation (START), Persatuan Air Singapura (SWA) dan Perikatan Industri Semikonduktor Singapura untuk menubuhkan perikatan bagi sektor fabrikasi wafer, menurut PUB dalam kenyataan medianya.

Bagi sektor pusat data, perikatan itu akan diwujudkan dengan Sustainable Tropical Data Centre Testbed (STDCT), SWA dan SGTech.

Semasa fasa awal, PUB akan bekerjasama dengan persatuan-persatuan perdagangan untuk mengenal pasti masalah dan cabaran air perindustrian berdasarkan sektor.

Rakan-rakan kongsi penyelidikan masing-masing akan bekerjasama dengan SWA untuk mengenal pasti dan menyarankan huraian yang sesuai untuk menangani isu-isu itu, tambah PUB.

Teknologi-teknologi baharu dengan potensi untuk penggunaan dunia sebenar boleh menjalani ujian dan pengesahan di pusat START dan kemudahan STDCT, serta tapak yang dikendalikan oleh mereka yang menerima pakai huraian tersebut.

PUB akan memantau projek-projek huraian air perindustrian, mengurus belanjawan keseluruhan dan menilai hasil inisiatif pembiayaan, katanya lagi.

“Projek yang berjaya akan disatukan ke dalam portfolio teknologi kitar semula dan pendinginan air untuk penggunaan tempatan dan peluang pengkomersialan.”

Dengan pembiayaan S$85 juta disalurkan ke arah huraian air bandar, penyelidikan berterusan dalam domain ini akan meningkatkan keupayaan PUB untuk terus maju dalam bidang-bidang termasuk rawatan air, penyulingan dan pengurusan bahan cemar yang menjadi kebimbangan, katanya lagi.

PUB juga akan menggunakan pembiayaan ini untuk membangunkan loji pengesahan integrasi rawatan air terpakai yang positif tenaga, menurut agensi air negara itu.

Kemudahan penyelidikan baharu ini, yang dijadual akan dibangunkan pada tahun 2027, akan memajukan rawatan air terpakai, menyediakan institut penyelidikan dan rakan kongsi industri dengan peluang untuk membangunkan huraian dengan PUB.
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita