PUB akan belanjakan S$150 juta naik taraf sistem saliran SG tangani banjir
Anggaran Waktu Membaca:

Seorang pegawai Pasukan Tindak Balas Pantas PUB mengedarkan beg-beg pasir kepada penduduk Jalan Seaview/Mountbatten Road dalam gambar yang dimuat naik online pada 12 Jan 2025. (Gambar: Facebook/PUB)
SINGAPURA: Singapura akan membelanjakan sekitar S$150 juta untuk menjalankan projek-projek naik taraf sistem saliran pada Tahun Kewangan 2025 bagi mengukuhkan daya tahan banjir negara di tengah-tengah risiko yang meningkat akibat perubahan iklim.
Buat masa ini, terdapat 19 projek naik taraf saliran yang sedang dijalankan, dengan enam lagi dijangka dimulakan pada 2025, menurut Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu di Parlimen pada Selasa (4 Feb).
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan daripada para Anggota Parlimen berikutan dua monsun lebih kencang yang membawa hujan berpanjangan di Singapura pada bulan lalu. Yang pertama adalah selama empat hari dari 10 Jan hingga 13 Jan, manakala yang kedua pula selama tiga hari dari 17 Jan hingga 19 Jan.
Lebih 255mm curahan hujan direkodkan di Changi semasa monsun lebih kencang pertama, melebihi purata hujan bulanan Singapura sebanyak 222.4mm pada Januari.
Cik Fu berkata terdapat satu kejadian banjir menyusuli dua monsun lebih kencang itu, yang berlaku di Jalan Seaview di Mountbatten.
Banjir di jalan raya adalah kira-kira 0.3m dan berlarutan kira-kira tiga jam, menyebabkan sebuah rumah di sebelah jalan raya itu mengalami banjir di dalam bahagian beranda keretanya.
Cik Fu berkata ia adalah satu-satunya bahagian jalan raya di Jalan Seaview yang mengalami banjir.
“Walaupun PUB telah menaik taraf longkang tepi jalan di Jalan Seaview pada 2014 untuk meningkatkan kapasiti saliran, beberapa kawasan di sekitar Jalan Seaview masih terdedah kepada banjir kerana paras jalan cuma tinggi sedikit berbanding paras air pasang,” jelas Cik Fu sambil merujuk kepada agensi air negara.
“Pelan jangka panjang adalah untuk menambak dan membina Long Island yang akan melindungi kawasan East Coast, termasuk Jalan Seaview daripada paras air laut yang meningkat dan banjir akibat air pasang,” tambahnya.
PENDEKATAN PUB
Perubahan iklim akan membawa lebih banyak kejadian hujan yang tidak dapat diramalkan, meningkatkan risiko banjir di Singapura, kata Cik Fu.
PUB telah mengambil "pendekatan berbilang serampang" untuk meningkatkan daya tahan banjir Singapura.
Sejak 2011, pemerintah telah membelanjakan kira-kira S$2.5 bilion untuk menaik taraf infrastruktur saliran Singapura.
“Kami telah berjaya mengurangkan kawasan mudah terdedah kepada banjir daripada kira-kira 3,200 hektar pada 1970-an kepada kurang daripada 25 hektar hari ini,” kata Cik Fu sambil menambah bahawa pemerintah kini sedang mengkaji semula pelan infrastruktur sistem aliran untuk kitaran semakan seterusnya dari 2026 hingga 2030.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa adalah "tidak praktikal dan tidak berhemat" untuk terus membina lebih banyak longkang atau mengembangkan infrastruktur sistem saliran.
"Melakukannya akan memerlukan tanah dan sumber kewangan yang besar, yang kemudian tidak akan tersedia untuk kegunaan penting lain," kata Cik Fu. "Perspektif yang betul ialah banjir di Singapura agak terpencil dan biasanya surut dalam masa sejam."
Beliau berkata adalah lebih berkesan untuk membina daya tahan banjir Singapura pada tahap "sistem", memberikan peranan yang lebih luas kepada pemilik bangunan, pemaju dan masyarakat untuk bekerjasama dengan pemerintah.
Sebagai contoh, kod amalan PUB mengenai saliran air permukaan menyediakan keperluan untuk paras pelantar dan puncak minimum untuk bangunan, dan langkah perlindungan banjir yang mesti dilaksanakan oleh pemilik dan pemaju bangunan untuk melindungi premis mereka.
Pada November 2024, pindaan kepada Akta Kumbahan dan Penyaliran juga telah diluluskan untuk memastikan pemilik dan pemaju terus mengendalikan dan mengekalkan langkah perlindungan banjir di premis mereka dengan baik selepas ia dilaksanakan.
Menjawab soalan tambahan daripada AP Desmond Choo (PAP-Tampines) sama ada pemerintah akan melabur lebih banyak lagi apabila kejadian banjir meningkat, Cik Fu berkata ia tidak selalunya "bijak dari segi kewangan" untuk bersiap sedia untuk kejadian ekstrem seperti itu.
"Ini bermakna mengkhususkan banyak tanah, banyak sumber kewangan untuk melindungi kita daripada kejadian yang mungkin tidak berlaku secara kerap, atau di tempat-tempat yang tidak kerap berlaku," tambahnya.
"Jadi ia masih mesej yang sama bahawa sedang (pemerintah) akan mengkaji untuk menambah baik infrastruktur kami, kami memerlukan masyarakat, kami memerlukan perniagaan ... untuk turut mengambil langkah perlindungan demi melindungi diri mereka, melindungi harta benda mereka dan melindungi keluarga mereka."
AP Saktiandi Supaat (PAP-Bishan-Toa Payoh) juga bertanya sama ada penduduk dan perniagaan yang terjejas akibat banjir boleh menerima sokongan kewangan atau logistik.
Cik Fu berkata pemerintah menjangkakan pemaju akan merancang infrastruktur dan langkah perlindungan dalam belanjawan mereka, yang kemudiannya akan dipaparkan dalam harga tanah dan kos pembangunan.
"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sebenarnya, kami telah mengurangkan kawasan mudah banjir dengan ketara... Dalam monsun lebih kencang baru-baru ini, kami hanya mempunyai satu kejadian banjir yang dilaporkan," katanya.
"Jadi apabila ia diperlukan, kami akan menawarkan lebih banyak bantuan, dan kami akan terus berhubung rapat dengan orang ramai; dengan perniagaan."

Sumber : CNA/SK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.