PTC ubah formula pastikan tambang pengangkutan awam terus dalam kemampuan penumpang
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Majlis Pengangkutan Awam (PTC) sedang mengubah formula yang menentukan penyesuaian harga tahunan bagi tambang pengangkutan awam.
Ia sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan ketidakstabilan tambang pengangkutan dan memastikan harga kekal dalam kemampuan para penumpang.
Formula baru ini akan memperkenalkan faktor penyesuaian kapasiti yang berdasarkan peningkatan pada keupayaan sebenar yang dirancang dari tahun 2020 hingga 2026.
Ia akan ditetapkan pada 1.1 peratus sepanjang lima tahun akan datang.
Satu lagi faktor baru yang diambil kira adalah jangkaan peningkatan daya penghasilan.
Ia bagi mendorong para pengendali pengangkutan awam agar menjimatkan kos dan meningkatkan produktiviti mereka.
Sementara itu, indeks teras harga pengguna, indeks gaji dan indeks tenaga akan kekal menjadi sebahagian daripada formula pada kadar yang sama.
Penyesuaian tambang tahun ini akan berdasarkan formula baru itu dan akan diumumkan pada separuh kedua tahun ini.
"Pengendali pengangkutan awam mempunyai tanggungjawab untuk terus melabur dalam operasi mereka. Ini termasuk penjagaan sistem dan juga gaji para pekerja. Sistem pengangkutan awam yang berpatutan, berkualiti tinggi dan mampan dari segi kewangan memerlukan tanggungjawab bersama antara pemerintah, pengendali pengangkutan awam dan juga para penumpang.
"Saya percaya bahawa formula yang dikemaskini memberi PTC asas yang baik untuk memastikan bahawa sistem pengangkutan awam kita terus mantap," kata Abdullah Shafiie Mohamed Sidik, Anggota Majlis Pengangkutan Awam.

Sumber : CNA/IA/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.