Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PTC diberi kuasa cegah tambang berlebihan; pengendali kereta sewa privet dilesenkan mulai Jun 2020

Majlis Pengangkutan Awam (PTC) akan diberi kuasa untuk mengawal perbuatan mengenakan tambang berlebihan melalui aplikasi sewa pengangkutan (ride-hailing) dan terhadap penumpang yang cuba elak membayar tambang apabila menaiki kereta sewa privet.

Anggaran Waktu Membaca:
PTC diberi kuasa cegah tambang berlebihan; pengendali kereta sewa privet dilesenkan mulai Jun 2020

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 07 Aug 2019 08:57AM Dikemas Kini : 07 Aug 2019 09:02AM

SINGAPURA: Majlis Pengangkutan Awam (PTC) akan diberi kuasa untuk mengawal perbuatan mengenakan tambang berlebihan melalui aplikasi sewa pengangkutan (ride-hailing) dan terhadap penumpang yang cuba elak membayar tambang apabila menaiki kereta sewa privet. Pindaan-pindaan ini diusulkan dalam undang-undang yang diluluskan di Parlimen pada Selasa (6 Ogos).

Bermula Jun tahun depan pula, para pengendali yang lebih besar bagi khidmat teksi dan kereta sewa privet - yang mempunyai sekurang-kurangnya 800 kenderaan - akan dilesenkan di bawah rangka kerja kawal selia yang baru, menurut Dr Janil Puthucheary, Menteri Negara Kanan Pengangkutan, kepada Parlimen.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-Undang Industri Pengangkutan Penumpang.

Sedang pengendali teksi hari ini tertakluk di bawah peraturan-peraturan PTC yang menstandardkan struktur tambang, namun tiada peraturan sedemikian yang mengawal tambang yang dikenakan oleh pengendali kereta sewa privet.

Dengan jumlah tempahan kereta sewa privet terus meningkat, PTC kini diberi kuasa untuk melaksanakan kawal selia teksi ke atas kereta sewa privet, menurut Dr Puthucheary. Pemerintah akan meminda Akta PTC untuk tujuan ini.

Buat masa ini, pengendali kereta sewa privet - seperti Grab dan Gojek - membentuk lebih dua pertiga perjalanan dari satu lokasi ke satu lokasi di Singapura. Khidmat teksi pula menyediakan tiga daripada 10 perjalanan, tambah beliau.

Menjadikan perbuatan mengenakan tambang berlebihan dan elak membayar tambang sebagai satu kesalahan akan "mencegah kelakuan sedemikian dan melindungi kedua-dua penumpang dan pemandu", tambah beliau.

Bagi para pengendali teksi, peraturan sedia ada tidak berubah, dan pemerintah akan terus mewajibkan mereka untuk mengamalkan tambang berdasarkan jarak perjalanan.

REAKSI PENGENDALI

Sesetengah pengendali kereta sewa memberitahu Mediacorp bahawa mereka mengalu-alukan langkah untuk menjadikan perbuatan elak membayar tambang sebagai satu kesalahan.

Tada menyatakan langkah ini akan membantu hak tuntut para pemandu.

Ryde pula menyatakan ia akan membolehkan para pemandu untuk menuntut hak mereka dan mencegah penumpang daripada mengelak membayar tambang.

Bagi ComfortDelGro, pengendali terbesar khidmat teksi, rejim kawal selia baru itu adalah satu langkah wajar.

"(Ia) melindungi penumpang dengan memastikan pengendali kereta sewa mematuhi garis pandu ketat yang dikuatkuasakan selama bertahun-tahun ke atas pengendali teksi... Ia menyamaratakan industri ini dan mewujudkan sekitaran persaingan yang lebih mampan," kata jurucakap syarikat itu, Cik Tammy Tan.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan