PSP sangkal dakwaan adakan undi tidak percaya; Leong lepaskan jawatan atas keputusannya sendiri
Anggaran Waktu Membaca:

Setiausaha Agung PSP Leong Mun Wai dalam satu sidang media pada 27 Mei 2023. (Gambar: TODAY/Leonard Leong)
SINGAPURA: Parti Kemajuan Singapura (PSP) menyangkal dakwaan bahawa mantan ketuanya, Leong Mun Wai melepaskan jawatan beliau selepas parti itu mengadakan undi tidak percaya.
Desas-desus mengenai pengundian tersebut muncul di wadah media sosial tidak lama selepas pengumuman mengenai pucuk kepimpinan baharu PSP dibuat pada Jumaat (23 Feb).
Desas-desus mengenai pengundian tersebut muncul di wadah media sosial tidak lama selepas pengumuman mengenai pucuk kepimpinan baharu PSP dibuat pada Jumaat (23 Feb).
Menjawab pertanyaan Mediacorp, PSP menekankan bahawa Encik Leong telah melepaskan jawatannya atas kerelaan beliau sendiri sebagai memikul tanggungjawab atas dakwaan palsu yang dibuatnya mengenai kurangnya bantuan kewangan yang dihulurkan kepada para penduduk GRC West Coast.
PSP kini sudah melantik dua ketua parti dalam tempoh kurang setahun.
Ditanya bagaimana reaksi rakyat Singapura terhadap perubahan tampuk kepimpinan parti itu, Setiausaha Agung baharu PSP, Hazel Poa berkata keyakinan terhadap parti tersebut ditentukan oleh apa yang dilakukannya secara kolektif, bukan hanya faktor kepimpinan.
Beliau turut berkata bahawa Encik Leong kini dapat menumpukan lebih banyak masa kepada tugasnya sebagai Anggota Parlimen kerana tidak lagi menggalas tanggungjawab mentadbir parti itu.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.