Skip to main content

Singapura

PSP mahu dengar suara setiap penduduk, kata calon Chua Chu Kang, Abdul Rahman

SINGAPURA: Calon Parti Kemajuan Singapura (PSP) bagi kawasan undi GRC Chua Chu Kang Encik Abdul Rahman Mohamad berkata, pasukannya mahukan pemimpin yang dipercayai, serta boleh merancang untuk masa depan negara serta telus dan bersikap terbuka untuk berbincang.

Anggaran Waktu Membaca:
PSP mahu dengar suara setiap penduduk, kata calon Chua Chu Kang, Abdul Rahman

(Gambar: Facebook/Abdul Rahman Mohamad)

SINGAPURA: Calon Parti Kemajuan Singapura (PSP) bagi kawasan undi GRC Chua Chu Kang Encik Abdul Rahman Mohamad berkata, pasukannya mahukan pemimpin yang dipercayai, serta boleh merancang untuk masa depan negara serta telus dan bersikap terbuka untuk berbincang.

Beliau berkata demikian dalam satu rapat online yang disiarkan menerusi Facebook pada Ahad (5 Jul).

Encik Abdul Rahman yang juga anggota jawatankuasa eksekutif pusat PSP turut mengemukakan beberapa cadangan yang beliau ingin laksanakan sekiranya dipilih dalam pilihan raya umum ini.

MEMBANGUNKAN SEMULA CHUA CHU KANG

Encik Abdul Rahman berkata semasa melakukan lawatan ke GRC Chua Chu Kang, sebilangan warga emas yang ditemuinya menyuarakan kebimbangan mereka terhadap nilai flat-flat HDB mereka yang semakin menurun.

Ini ditambah pula dengan kebimbangan sama ada simpanan CPF mereka cukup untuk persaraan.

"Berikan kembali nilai rumah mereka supaya mereka dapat hidup di dalam sekitaran yang baru, dengan lebih kemudahan, lebih rekreasi dan kebolehan untuk bergaul dengan jiran-jiran dan teman-teman.

"Walaupun sebahagiannya sudahpun dilaksanakan pemerintah, masih ada banyak lagi yang perlu dilakukan," ujar Encik Abdul Rahman.

MAHU JADI AP YANG BOLEH DIPERCAYAI

Sekiranya dipilih untuk mewakili penduduk GRC Chua Chu Kang, Encik Abdul Rahman berkata beliau akan sentiasa mendampingi mereka.

"Jika seorang penduduk memberitahu saya bahawa selama lima tahun dia tidak pernah berjumpa dengan anggota parlimen (AP) kawasannya, ini membimbangkan. Kami tidak akan membenarkan ia terjadi. Kami akan menjadi bakal-bakal AP sepenuh masa.

"Kita perlu bercakap dengan setiap warga dan memahami masalah setiap individu," kata Encik Abdul Rahman.

PSP akan berhadapan dengan pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diketuai oleh Menteri Kesihatan Gan Kim Yong, bersama Encik Don Wee, Cik Low Yen Ling dan Encik Zhulkharnain Rahim.

Sumber : BERITA Mediacorp/sy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita