PSP, Leong Mun Wai mohon maaf atas video 'mengelirukan' berhubung perbahasan Ridout Road
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Parti Kemajuan Singapura (PSP) dan Setiausaha Agungnya, yang juga Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi, Leong Mun Wai memohon maaf atas video serta hantaran yang dimuat naik pada Selasa (4 Jul) berhubung perbahasan Ridout Road di Parlimen.
Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan PSP menerusi hantaran di Facebooknya pada Khamis (6 Jul).

Pihaknya sedia maklum bahawa kandungan yang dimuat naik itu mewujudkan tanggapan yang mengelirukan mengenai perbicaraan yang dijalankan di Parlimen pada Isnin (3 Jul) mengenai isu Ridout Road.
Ia juga membuat rujukan kepada video serta hantaran yang sudah disunting mengenai hal yang sama, yang didapati dimuat naik pada Khamis.
"Kami terima bahawa menerusi dua video kami, kami telah memberi gambaran bahawa tiada perbahasan dibenarkan (namun hakikatnya kami tidak memfailkan Usul bagi perbahasan). Kami juga terima bahawa ia mengelirukan. Dua video kami juga mengelirukan kerana ia memberi gambaran bahawa Encik Leong tidak diberi masa untuk mengajukan soalan yang diingini, sedangkan beliau sebenarnya diberi masa untuk menanyakan semua soalannya dan beliau dapat bertanya semua soalannya," menurut kenyataan tersebut.
Video berkenaan dimuat naik pada Selasa diiringi kapsyen yang tertera: "Dalam apa yang disifatkan para pengulas online sebagai satu lagi detik 'sia suay'. Leong Mun Wai & Hazel Poa Koon Koon ada di sini untuk melakukan apa sahaja demi memastikan suara rakyat didengar."
"Sia suay" adalah ungkapan dalam dialek Hokkien, yang juga digunakan dalam 'Singlish' dan bermaksud 'memalukan'.
Teks turut disertakan dalam video itu, dengan ada yang tertera: "Timbalan Speaker mengingatkan Encik Leong Mun Wai bahawa beliau tidak harus memulakan perbahasan semasa Kenyataan Menteri disampaikan, selepas beliau menggesa Timbalan Speaker agar tidak menggulung perbahasan awal kerana ia satu topik penting."
Pada Rabu, Ketua Dewan Indranee Rajah berkata bahawa video tersebut merupakan satu pelanggaran hak istimewa dan imuniti parlimen.
Menurutnya, video berkenaan memberi gambaran bahawa isu-isu tentang Ridout Road - berkaitan penyewaan hartanah negara oleh menteri K Shanmugam dan Vivian Balakrishnan - tidak boleh "dibahaskan dengan tuntas".
Ia sekali gus membuat Timbalan Speaker Christopher de Souza kelihatan seolah-olah beliau tidak membenarkan perbahasan dijalankan walaupun dirayu Encik Leong, ujar Cik Indranee.

Lantaran itu, menerusi catatannya pada Khamis, PSP menyatakan bahawa ia sedia maklum bahawa para AP boleh bertanya untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara tersebut semasa berlangsungnya perbicaraan isu Ridout Road pada Isnin. Ia juga menambah bahawa AP parti tersebut boleh membahaskan hal tersebut dengan lanjut dengan memfailkan Usul, tetapi partinya tidak melakukan demikian.
Ia juga akur bahawa Encik De Souza selaku Timbalan Speaker sudah memberi ruang kepada Encik Leong untuk mengemukakan soalannya, yang mana beliau dapat bertanya soalan yang ingin diajukan.
Menurut catatan berkenaan, Encik Leong sebelum ini dikatakan sudah memohon maaf atas hantaran yang mengelirukan itu.
Sehubungan itu, parti PSP menyuarakan rasa kesal atas isu tersebut yang timbul.

Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.