Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PSP ketatkan proses pilih anggota baru; cuba peroleh lebih banyak kerusi Parlimen

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Parti Kemajuan Singapura (PSP) menyatakan bahawa ia sudah mengetatkan proses pemilihan para kader parti, sedang parti pembangkang itu memperhebatkan usaha untuk memenangi lebih banyak kerusi di Parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

Parti pembangkang itu turut menggariskan perubahan dasar berhubung keanggotaan dalam kenyataan medianya yang dikeluarkan pada Selasa (29 Mac).

"Walaupun PSP pada mulanya mengamalkan dasar terbuka berhubung keanggotaan apabila ia ditubuhkan pada 28 Mac 2019, dasar semasa PSP adalah untuk meminta mereka yang berminat untuk menyertainya terlebih dahulu sebagai sukarelawan dan kemudian, jika PSP menganggap mereka sesuai, barulah diterima masuk sebagai anggota parti," menurut kenyataan tersebut.

Semasa berkhidmat sebagai sukarelawan PSP, parti itu boleh mengenali mereka dengan lebih dekat dan begitu juga sebaliknya, kata setiausaha agung PSP Francis Yuen.

Beberapa anggota berprofil tinggi meninggalkan PSP baru-baru ini.

Tahun lalu, beberapa anggota PSP meletak jawatan, termasuk bendaharinya Kayla Low, ketua sayap belia Terence Soon dan bekas calon pilihan raya Bradley Bowyer, yang turut meletak jawatan selepas timbul kontroversi mengenai salah satu catatan media sosialnya.

Bulan lalu, ketua perhubungan PSP yang juga jurucakap parti, Kumaran Pillai juga memutuskan untuk meletak jawatan, yang menyebut sebab berkaitan perniagaan dan kesihatan di sebalik keputusannya untuk mengundurkan diri.

Encik Yuen menegaskan bahawa sebagai sebuah parti alternatif, PSP turut menghadapi beberapa "kekangan".

Antaranya ialah "faktor rasa takut", di mana "sesetengah calon sesuai mungkin tidak mahu menyertai PSP", katanya, tanpa mengulas lanjut.

Beliau juga menggalak para anggota PSP supaya meyakinkan orang lain untuk menyertai parti tersebut sebagai sukarelawan.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan