PSP ingin berjuang secara 'bersih', harap anggota berkelakuan baik: Tan Cheng Bok
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Wallace Woon)
SINGAPURA: Pengerusi Parti Kemajuan Singapura (PSP) Tan Cheng Bock berkata partinya ingin berjuang secara 'bersih'.
Bercakap bersama wartawan selepas lawatan temui penduduk di Bukit Gombak di Pusat Makanan dan Pasar Keat Hong pada Ahad (12 Jan), Dr Tan menambah: "Saya berharap semua anggota saya berkelakuan baik, kerana itulah yang diajarkan kepada rakyat Singapura sejak kecil, kita diajarkan untuk berlaku adil."
Beliau sedang memberi respons kepada video yang dikeluarkan seorang anggota Parti (PAP) pada Khamis lalu, yang mendakwa seorang sukarelawan PSP menampar mukanya ketika melakukan lawatan temui penduduk di Bukit Gombak.

Dr Tan berkata beliau rasa "sedikit terganggu" apabila beliau mendengar tentang insiden itu, namun beliau menambah bahawa partinya akan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat isu tersbeut.
“Namun mesej kepada rakyat Singapura adalah kami ingin berjuang secara bersih. Kami tidak ingin menggunakan taktik yang tidak sepatutnya dilakukan di Singapura,” katanya.
"Kita adalah bandar yang dikenali dengan tingkah laku yang baik, dan tidak sepatutnya terlibat dalam sebarang tingkah laku yang kasar atau tidak wajar."
Ketua PSP Hazel Poa mengesahkan polis sudah menghubungi PSP dan PAP berkaitan kejadian itu.
Sebelum ini, Dr Tan berkata beliau pernah "mengalami insiden yang sangat teruk" dan sudah terbiasa dengan kejadian seperti itu.
“Tetapi masa itu kami tidak mengendahkannya. Kami tidak ingin tingkah laku seperti itu di Singapura. Namun kami semua perlu menjangkakan perkara tersebut, dan standard kami tidak boleh direndahkan.”

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.