Skip to main content

Singapura

PSI 24 jam bahagian tengah SG meningkat kepada 177; tertinggi musim jerebu kali ini

Mutu udara di Singapura semakin merosot pada Jumaat (9 Okt), dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam di bahagian tengah Singapura meningkat kepada 177 pada pukul 11.00 pagi, paras tertinggi yang dicatatkan musim jerebu tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
PSI 24 jam bahagian tengah SG meningkat kepada 177; tertinggi musim jerebu kali ini

Keadaan berjerebu dilihat dari Bukit Gombak pada 9 Oktober 2026. (Gambar: CNA/Mak Jia Kee)

Diterbitkan : 09 Oct 2026 12:35PM
Singapore's central region 24-hour PSI rises to 177, the highest in this haze season
  • Singapore's air quality worsened on Friday, Oct 9, as the central region's 24-hour PSI reached 177 at 11am, the highest in this year's haze season.
  • All five regions in Singapore recorded unhealthy levels, while the central region's one-hour PM2.5 rose to a high level and other areas were at elevated levels.
  • NEA reported that transboundary haze covered Singapore, parts of Peninsular Malaysia, Kalimantan and Sumatra, with fires and dry weather sustaining the risk of worsening conditions.
  • Members of the public were advised to monitor PM2.5 and PSI readings, while vulnerable groups should avoid strenuous outdoor physical activity when readings are elevated.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Mutu udara di Singapura semakin merosot pada Jumaat (9 Okt), dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam di bahagian tengah Singapura meningkat kepada 177 pada pukul 11.00 pagi, paras tertinggi yang dicatatkan musim jerebu tahun ini.

Bacaan PSI 24 jam meningkat secara beransur-ansur di seluruh negara sejak tengah malam, dengan kelima-lima bahagian mencatat mutu udara pada paras tidak sihat.

Pada pukul 11.00 pagi, bacaan PSI di bahagian barat ialah 168, selatan 157, timur 151 dan utara 119.

Bacaan PSI antara 101 dengan 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.

BACAAN PM2.5 SEJAM DI BAHAGIAN TENGAH CECAH PARAS TINGGI

Bacaan PM2.5 sejam di bahagian tengah turut meningkat kepada 152 pada pukul 11.00 pagi, sekali gus kembali mencecah paras tinggi.

Bacaan tersebut sebelum ini mencapai paras tinggi pada pukul 11.00 malam Khamis (8 Okt), sebelum turun semula ke paras meningkat pada 3.00 pagi Jumaat (9 Okt).

Di bahagian barat, bacaan PM2.5 sejam beberapa kali berubah antara paras meningkat dengan paras tinggi sepanjang Khamis malam (8 Okt) hingga pagi Jumaat (9 Okt).

Pada pukul 11.00 pagi, bacaannya berada pada paras meningkat, iaitu 116.

Bacaan di kawasan-kawasan lain juga berada pada paras meningkat, antara 96 dengan 138.

Bacaan PM2.5 sejam antara 56 dengan 150 dikategorikan sebagai meningkat, manakala bacaan antara 151 dengan 250 berada pada paras tinggi.

JEREBU RENTAS SEMPADAN SELUBUNGI BEBERAPA KAWASAN SERANTAU

Dalam kemas kini terbaharunya pada pagi Jumaat (9 Okt), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan jerebu asap rentas sempadan yang sederhana hingga tebal meliputi sebahagian Semenanjung Malaysia, Singapura, Kalimantan serta BAHAGIAN selatan dan tengah Sumatra.

Menurut NEA, banyak stesen pemantauan mutu udara di kawasan-kawasan tersebut mencatat bacaan pada paras tidak sihat hingga berbahaya.

Beberapa tapak kebakaran dikesan di Kalimantan serta selatan dan tengah Sumatra.

Bagaimanapun, NEA menyatakan keadaan sebenar tapak kebakaran di sebahagian kawasan itu tidak dapat dipastikan sepenuhnya kerana asap jerebu tebal dan litupan awan menghalang pemantauan.

Keadaan kering dijangka berterusan di sebahagian rantau selatan ASEAN, meskipun hujan diramalkan di Semenanjung Malaysia, Sumatra serta utara dan tengah Kalimantan.

NEA memberi amaran bahawa risiko jerebu rentas sempadan yang teruk masih berterusan di kawasan yang mudah berlaku kebakaran dan mengalami cuaca kering berpanjangan.

ORANG RAMAI DINASIHAT PANTAU BACAAN MUTU UDARA

NEA menasihatkan orang ramai supaya merujuk kepada bacaan PM2.5 sejam sebelum melakukan kegiatan luar dalam masa terdekat.

Bagi merancang kegiatan luar pada hari berikutnya pula, orang ramai digalakkan merujuk kepada ramalan PSI 24 jam dan nasihat kesihatan yang relevan.

Apabila bacaan PM2.5 sejam meningkat, individu sihat dinasihatkan untuk mengurangkan kegiatan fizikal berat di luar rumah bagi tempoh sejam berikutnya.

Warga emas, wanita hamil, kanak-kanak serta individu yang menghidap penyakit jantung atau paru-paru kronik pula dinasihatkan mengelakkan kegiatan sedemikian.

PSI 24 jam digunakan untuk menilai mutu udara harian di Singapura, manakala bacaan PM2.5 sejam memberikan gambaran lebih terkini mengenai kepekatan zarah halus di udara.
Sumber : CNA/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita