PSD 'tiada maklumat untuk umum' mengenai peletakan jawatan Ketua MAS Ravi Menon
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) pada Selasa (18 Apr) menyatakan ia "tidak mempunyai maklumat untuk diumumkan buat masa ini" apabila ditanya mengenai laporan bahawa ketua bank pusat Singapura Ravi Menon dijangka melepaskan jawatannya tahun ini.
"Divisyen Perkhidmatan Awam akan mengumumkan sebarang perubahan kepada pelantikan Setiausaha Tetap menerusi saluran rasmi dan kenyataan media," menurutnya semasa menjawab pertanyaan Mediacorp.
Bloomberg pada Selasa melaporkan, menurut sumber yang dekat dengan isu tersebut, Encik Menon dijangka mengundur diri daripada Penguasa Kewangan Singapura (MAS) tahun ini selepas menyandang jawatan selama lebih sedekad.
Tambah laporan itu, penggal Encik Menon berakhir 31 Mei ini dan Chia Der Jiun, salah satu mantan timbalannya, dijangka akan mengambil alih tempat Encik Menon.
Encik Menon dijadual memberi ucapan di Forum Fintech Inklusif yang berlangsung mulai 20 Jun hingga 22 Jun. Menurut laman acara tersebut, Encik Menon disenaraikan sebagai Pengarah Urusan MAS.
Forum yang berlangsung buat pertama kali itu merupakan acara rakan Pesta FinTech Singapura, di mana Encik Menon memberi ucapan pada 2020, 2021 dan 2022.
Sebelum dilantik sebagai Pengarah Urusan MAS pada 2011, Encik Menon merupakan Setiausaha Tetap di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Timbalan Setiausaha di Kementerian Kewangan (MOF).

Sumber : CNA/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.