Skip to main content

Singapura

PSD perkenal norma baru aturan bekerja secara hibrid

Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) akan memperkenalkan norma baru bekerja secara hibrid iaitu di tempat kerja atau dari rumah.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) akan memperkenalkan norma baru bekerja secara hibrid iaitu di tempat kerja atau dari rumah.

Namun PSD menekankan model kerja hibrid itu bukan satu hak dan keperluan pekerjaan menjadi pertimbangan utamanya.

Cara bekerja itu merupakan salah satu perkara utama terkandung dalam laporan Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) yang diserahkan kepada Parlimen hari ini (26 Jan).

PAC meninjau kelemahan-kelemahan yang dipaparkan dalam laporan Juruaudit Negara tahun lalu.

Jawatankuasa itu juga membincangkan pelbagai isu yang boleh menjejas perbelanjaan serta tadbir urus dan kawalan kewangan sektor awam.

Ia termasuk gangguan pada rantaian bekalan, menilai semula perbelanjaan asas dalam keadaan normal baru yang dicetuskan oleh COVID-19 serta Pelan Hijau Singapura.

Sumber : CNA/NF/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita