Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PSA menang anugerah kesihatan mental di tempat kerja selepas tinjauan ke atas 3,000 pekerja asing, kontraktor

Anggaran Waktu Membaca:
PSA menang anugerah kesihatan mental di tempat kerja selepas tinjauan ke atas 3,000 pekerja asing, kontraktor

Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY

SINGAPURA: Untuk mengetahui apa yang boleh dilakukan untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat secara psikologi, pengendali pelabuhan yang berpangkalan di Singapura PSA Corporation melaksanakan tinjauan kesejahteraan dalam berbilang bahasa untuk mengumpulkan maklum balas daripada lebih 3,000 pekerjanya yang merupakan pekerja asing, termasuk pembekal dan kontraktornya.

Tinjauan tersebut, yang dilakarkan bersama seorang ahli psikologi klinikal, dibuat dalam bahasa ibunda agar mudah diakses semua pekerjanya dan memastikan ia "sensitif terhadap keperluan budaya mereka".

Encik Cheang Chee Kit, ketua kesihatan dan keselamatan PSA bagi Asia Tenggara, memberitahu TODAY: "Kami ingin mengutamakan sensitiviti rakyat dan persekitaran psikologi yang selamat untuk dikongsi secara jujur, terutama sekali mereka yang menghadapi kesukaran."

Data dan maklum balas yang dikumpulkan menyatakan bahawa para pekerja tersebut ingin "sokongan yang berlandaskan masyarakat".

Inilah sebabnya mengapa syarikat itu meningkatkan sokongan rakan dan sumber para-kaunselingnya, di samping menjalankan lebih banyak aktiviti rekreasi untuk membolehkan "hubungan antara satu sama lain yang sebenar", tambah Encik Cheang.

Bagi usahanya, PSA menerima Anugerah Inovasi Kesejahteraan pada Khamis (14 Mac) di majlis Anugerah Pemimpin WorkWell tahun ini, iaitu edisi kedua majlis anugerah tahunan gala yang bertujuan untuk mengiktiraf standard amalan terbaik dalam menangani perubahan sistemik bagi kesihatan mental di tempat kerja.

Panel penilaian anugerah, yang terdiri daripada pemimpin kanan syarikat dan pakar dalam bidang kesejahteraan organisasi dan kesihatan mental, menilai inisiatif PSA sebagai program paling unik untuk menangani kesihatan mental dan kesejahteraan pekerja antara dua calon yang disenarai pendek.

Dalam ucapannya yang disampaikan dalam satu video pra-rakaman bagi majlis anugerah itu, Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam menggesa para pemimpin korporat untuk "menjadikan syarikat mereka sebagai peran contoh, petunjuk budaya empati, budaya yang memberikan sokongan proaktif kepada mereka yang mempunyai warna kecemasan atau kemurungan yang berbeza".

Acara tersebut, yang berlangsung di hotel Conrad Singapore Orchard, juga menyaksikan lima anugerah lain disampaikan:
  • Universiti Nasional Singapura (NUS), yang memenangi Anugerah Strategi Kesejahteraan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus
  • Otis International Asia Pacific, pengeluar lif dan eskalator global, yang memenangi Anugerah Budaya Tempat Kerja Sihat
  • Dr Prem Kumar Nair, ketua pegawai eksekutif kumpulan penyedia penjagaan kesihatan bersepadu IHH Healthcare, yang meraih Anugerah CEO Kesejahteraan
  • Encik Clarence Ti, timbalan presiden (pentadbiran) NUS, yang diiktiraf dengan Anugerah Rakan Kongsi Kesejahteraan CEO
  • Otis International Asia Pasifik, yang memenangi Anugerah Pertubuhan Kesejahteraan Tahunan
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan