Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PRU15: Apa harga yang yang diletak untuk bergabung bagi membentuk kerajaan campuran?

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAMediacorp: Perikatan Nasional (PN) memperkuat kedudukannya untuk membentuk kerajaan campuran setelah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengisytiharkan sokongan masing-masing kepada gabungan perikatan pimpinan Muhyiddin Yassin pada Ahad (20 Nov).

Berikut adalah pengamatan Zamil ISEAS-Institut Yusof Ishak Dr Norshahril Saat dalam satu wawancara bersama BERITAmediacorp.

Perkembangan terkini adalah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan juga Barisan Nasional (BN) mengisytiharkan mereka akan bergabung dengan Perikatan Nasional. Apa harga yang mereka letak untuk bergabung dalam membentuk kerajaan campuran?

"Semestinya ada perbincangan bagaimana kerajaan seterusnya akan ditubuhkan. Saya fikir ada tuntutan-tuntutan yang diberikan kepada kerajaan seterusnya. Misalnya adalah hak-hak autonomi yang di Sabah dan Sarawak dan posisi-posisi penting dalam Kabinet Malaysia yang seterusnya. Mungkin inilah yang boleh dijangkakan dalam pembentukan kerajaan seterusnya.

Memang kalau kita lihat bukan hanya jumlah kerusi saja. Bagaimana parti tersebut boleh mendapatkan sokongan daripada parti-parti lain untuk melepasi bilangan kerusi satu dua itu untuk membentuk kerajaan seterusnya.

Perikatan Nasional (PN) yang mendapat jumlah kerusi terbanyak sebagai satu blok. Kenapa ia tidak boleh membentuk kerajaan?

Kalau kita lihat mungkin PH yang mendapat blok terbesar. Bagaimana ia boleh meyakinkan komponen-komponen parti lain untuk terus bergabung dan membentuk kerajaan seterusnya. Mungkin itu satu cabaran untuk PH. Kalau kita lihat mungkin kalau parti PN misalnya, mungkin mereka sebelum ini sudah membina sebuah kerajaan di mana ada parti-parti campuran yang lain. Justeru mereka lebih berpengalaman dalam percaturan ini.

Mengapakah Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) tidak mungkin bergabung?Encik Muhyiddin telah menolak bekerjasama dengan PH.

Kalau kita lihat semasa kempen, PN dan PH adalah pesaing utama. Selain daripada Barisan Nasional,kalau kita lihat dari segi kepimpinan juga, mungkin Muhyiddin Yassin dan Anwar Ibrahim mungkin ini adalah teraju utama yang mungkin disebut-sebut sebagai calon perdana menteri.

Justeru mungkin sebabnya semasa kempen itu semacam perlumbaan dan sebagainya. Itu mungkin menyebabkan kedua-dua parti ini tidak boleh bergabung. Tetapi dari sudut lain juga, kita lihat mungkin dari segi naratif dan ideologi, ia mungkin tidak begitu sesuai.

Kalau kita lihat secara mendalam parti-parti komponen di dalam PH dan juga PN, mungkin ada semacam persaingan juga. Mungkin di antara DAP dengan PAS mungkin itu menjadi sebab kenapa PN dan PH mungkin tidak boleh bergabung.

Di mana kedudukan BN bergabung sekarang? Masih ada harga dalam pembentukan kerajaan campuran?

Kalau kita kaji sejarah pilihan raya di Malaysia, mungkin BN kedudukannya mungkin tidak sekuat dahulu. Mungkin inilah prestasi BN yang terburuk dalam sejarah pilihan raya. Tapi kalau kita lihat dari segi percaturan politik, BN masih mainkan blok yang besar juga. Kalau tidak menerajui kerajaan seterusnya sebagai blok pembangkang, ia boleh berpotensi membuat sedemikian kerana ia mempunyai 30 kerusi.

Justeru ia masih boleh melihat pembentukan kerajaan seterusnya dan boleh mainkan peranan sama ada ia mahu bekerjasama dengan parti memerintah atau blok pembangkang. Tapi kalau kita lihat sejarahnya mungkin BN ini tidak begitu cenderung menjadi pembangkang.

Kita lihat semasa PH menang pada tahun 2018m BN menjadi pembangkang hanya sekitar 2 tahun. Kemudian ia masuk semula kerajaan. Jadi kita lihat BN masih mainkan peranan walaupun tidak sekuat sebelum ini. Sebenarnya banyak sekali yang perlu dilakukan dalam BN terutama sekali parti utamanya UMNO. Mungkin reformasi perlu dilakukan dan mungkin ulang strategi seterusnya.

Siapa dalam kedudukan lebih kuat untuk menjadi Perdana Menteri. Anwar Ibrahim atau Muhyiddin Yassin?

Itu bergantung kepada siapakah yang dipilih yang dipertuan agong. Mungkin sekarang ini mungkin sedang berlaku dan kalau kita lihat laporan-laporan terkini mungkin Muhyiddin Yassin sedang mendahului berdasarkan beberapa sentimen-sentimen yang diketengahkan parti-parti di Sabah dan Sarawak. Tapi masih ada waktu. Kita perlu lihat siapakah akan dapat melepasi satu satu dua itu dan kemudian mempersembahkan jumlah bilangan parlimen yang di Pertuan Agong Malaysia.
Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan