Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Provost NUS Ho Teck Hua dilantik sebagai Presiden baru NTU

Anggaran Waktu Membaca:
Provost NUS Ho Teck Hua dilantik sebagai Presiden baru NTU

Profesor Ho Teck Hua dilantik sebagai Presiden Universiti Teknologi Nanyang (NTU) berkuat kuasa mulai 24 April. (Gambar: NUS)

SINGAPURA: Saintis tingkah laku Ho Teck Hua dilantik sebagai Presiden Universiti Teknologi Nanyang (NTU) berkuat kuasa mulai 24 April, menurut institusi tersebut pada Rabu (8 Feb).

Beliau akan menggantikan Profesor Subra Suresh yang mengundur diri pada Disember 2022 selepas lima tahun menggalas tanggungjawab itu untuk pulang ke Amerika Syarikat.

Profesor Ho yang menyandang jawatan Timbalan Presiden Kanan dan Provost di Universiti Nasional Singapura (NUS) sejak 2018, akan menjadi presiden NTU yang kelima. Beliau juga akan menjadi profesor universiti unggul NTU apabila mula penggalnya nanti.

"Seorang pakar yang terkenal dalam bidang ekonomi tingkah laku, sains pengurusan dan pemasaran, Profesor Ho dikenali bagi kajian, pengajaran dan perundingannya dalam teori permainan berdasarkan tingkah laku, antara muka pemasaran-pengendalian dan perhargaan," menurut NTU dalam satu kenyataan media.

"Pelantikannya sebagai profesor universiti unggul NTU adalah kehormatan akademik tertinggi yang dianugerahkan kepada anggota fakulti yang meraih pencapaian akademik luar biasa."

Profesor Ho dilantik setelah meneliti calon dari seluruh dunia, sejajar dengan amalan terbaik universiti-universiti terunggul, kata Cik Goh Swee Chen, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah NTU.

Profesor Ho berkata: "Saya sudah lama mengagumi NTU - universiti peringkat dunia yang muda lagi dinamik. Ia adalah satu penghormatan bagi saya untuk diberikan peluang bekerjasama dengan masyarakat NTU, pemegang amanahnya, fakulti, pekerja, pelajar dan bekas pelajar untuk menerajui universiti ini.

"Kami akan bersama-sama mengukuhkan lagi program akademik di NTU, kejayaan kajiannya dan kesan menghuraikan cabaran-cabaran paling mendesak dunia di peringkat tempatan dan global, seperti pembangunan mampan dan perubahan iklim."

NUS mengumumkan pelbagai perubahan bagi pasukan kepimpinan kanannya sebelum Profesor Ho mengundur diri.

Mulai 1 April, Profesor Aaron Thean akan bertugas sebagai Timbalan Presiden bagi Ehwal Akademik dan Provost; Profesor Chen Tsuhan sebagai Timbalan Presiden bagi Inovasi dan Perusahaan; dan Profesor Liu Bin sebagai Timbalan Presiden bagi Kajian dan Teknologi.

"Bersama Presiden NUS Profesor Tan Eng Chai dan Timbalan Presiden (Pentadbiran) Encik Clarence Ti, mereka mewakili pasukan kepimpinan kanan yang baru untuk menaikkan NUS sebagai universiti global unggul yang membentuk masa depan," menurut NUS dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Profesor Ho akan bekerjasama dengan pasukan kepimpinan kanan itu untuk memastikan peralihan yang lancar sebelum beliau meninggalkan NUS pada 23 April, tambah universiti tersebut.
Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan