Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Provokatif dan berat sebelah': Filem The Kashmir Files dilarang tayang di Singapura

Anggaran Waktu Membaca:
'Provokatif dan berat sebelah': Filem The Kashmir Files dilarang tayang di Singapura

 (Gambar: AFP/Xavier GALIANA)

Diterbitkan : 09 May 2022 10:47PM Dikemas Kini : 09 May 2022 10:47PM

SINGAPURA: Sebuah filem mengenai penganut Hindu yang meninggalkan secara beramai-ramai wilayah majoriti Muslim Kashmir yang dipertikaikan akan dilarang ditayangkan di Singapura.

Pihak berkuasa yang menilai filem berbahasa Hindi bertajuk The Kashmir Files itu mendapatinya, 'melampaui' garis panduan klasifikasi filem Singapura, kata Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dalam satu kenyataan bersama Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).

Filem tersebut, yang ditayangkan di India pada Mac, merupakan kisah fiksyen seorang mahasiswa universiti yang mendapat tahu bahawa ibu bapanya yang beragama Hindu di Kashmir dibunuh semasa keganasan 1989 hingga 1990.

Ratusan ribu orang kehilangan tempat tinggal dan nyawa mereka selepas diusir dari Kashmir.

"Filem itu tidak akan diberi sebarang kategori kerana berbentuk provokasi dan memberi gambaran berat sebelah terhadap orang Islam dan orang Hindu ditampilkan sebagai mangsa dianiaya dalam konflik yang sedang berlaku di Kashmir," menurut pihak penguasa tersebut sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.

"Cara keadaan itu ditampilkan itu berpotensi menimbulkan permusuhan antara masyarakat yang berbeza dan mengganggu perpduan sosial dan keharmonian agama dalam masyarakat kita yang berbilang kaum dan agama."

Di bawah garis panduan klasifikasi filem, "sebarang bahan yang memburukkan masyarakat berbilang kaum atau agama di Singapura" tidak akan menerima klasifikasi, tambahnya.

Perdana Menteri Narendra Modi memuji filem itu pada bulan Mac, dengan mengatakan ia menunjukkan keadaan sebenar sejarah Kashmir yang ganas.

Bagaimanapun, pengkritik filem itu berkata ia mengandungi fakta tidak tepat dan mencetuskan sentimen antiMuslim.

Sumber : CNA/KF/kf

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa