Protokol baru bantu tangani pertikaian babitkan projek prasarana mega
Pihak-pihak yang terlibat dalam projek prarasana mega kini boleh melantik sehingga tiga karyawan yang tidak berpihak untuk membentuk sebuah lembaga pertikaian. Langkah itu bagi mencegah sebarang perbezaan daripada menjadi lebih besar hingga memerlukan perbelanjaan lebih tinggi untuk dihuraikan.
(Gambar fail: Woo Yiming/Reuters)
SINGAPURA: Pihak-pihak yang terlibat dalam projek prarasana mega kini boleh melantik sehingga tiga karyawan yang tidak berpihak untuk membentuk sebuah lembaga pertikaian.
Langkah itu bagi mencegah sebarang perbezaan daripada menjadi lebih besar hingga memerlukan perbelanjaan lebih tinggi untuk dihuraikan.
Daya inisitif di bawah Protokol baru Pengurusan Pertikaian Prasarana Singapura (SIDP) itu dilancarkan pada Selasa (23 Okt).
Menteri Kedua Kewangan merangkap Pendidikan, Cik Indranee Rajah, berkata SIDP memanfaatkan proses-proses yang sudah biasa bagi pihak yang mempunyai kepentingan dalam infrastruktur tetapi turut mempunyai ciri-ciri unik untuk huraian pertikaian yang lebih berkesan.
Di bawah protokol tersebut, pihak-pihak terlibat melantik sebuah lembaga pertikaian yang terdiri daripada tiga karyawan yang pakar dalam bidang-bidang relevan seperti kejuruteraan, juru ukur tanah dan undang-undang, dari permulaan projek itu.
Lembaga pertikaian itu memantau projek tersebut dari mula hingga tamat, dan akan berusaha memastikan sebarang perbezaan yang mungkin wujud dapat ditangani sebelum ia menjadi lebih sukar dan mahal untuk dihuraikan.
Seandainya berlaku sebarang pertikaian, pelbagai cara sedia ada seperti khidmat pengantaraan bagi membantu menangani isu-isu tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.