Proses pindah ikan, kaedah pembayaran di Pelabuhan Perikanan Jurong diperhalusi
Peningkatan kepada proses-proses baru di Pelabuhan Perikanan Jurong, seperti pemindahan ikan dari bot dan kaedah pembayaran baru, sedang diperhalusi.
SINGAPURA: Peningkatan kepada proses-proses baru di Pelabuhan Perikanan Jurong, seperti pemindahan ikan dari bot dan kaedah pembayaran baru, sedang diperhalusi.
Menteri Negara Kemampanan dan Sekitaran Desmond Tan mendedahkan demikian dalam wawancara dengan CNA 938, pagi tadi (4 Ogos).
Pelabuhan Perikanan Jurong dibuka semula semalam (3 Ogos) dengan langkah-langkah jarak selamat lebih ketat selepas ditutup dua minggu akibat kelompok jangkitan COVID-19.
Menurut Encik Tan, mereka faham tentang kesulitan yang dihadapi tetapi para pegerai dan pekerja memahaminya.
Beliau menambah, langkah penguatkuasaan sudahpun ditingkatkan untuk memastikan para penyewa kekal memakai pelitup apabila berinteraksi.
Para penjual dan pedagang juga kekal berada di kawasan masing-masing.
Sebuah kawasan lapang di Pasir Panjang Road juga sudahpun dikhususkan sebagai tapak alternatif jika Pelabuhan Perikanan Jurong ditutup lagi.
Menurut Encik Tan, tapak alternatif itu boleh beroperasi dalam masa satu atau dua hari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.