Proses percetakan dalaman diperketat bagi elak kesilapan cetak kad undi, kata ELD
Anggaran Waktu Membaca:

Petikan gambar Jabatan Pilihan Raya (ELD). (Gambar: Google Maps)
SINGAPURA: Jabatan Pilihan Raya (ELD) akan melaksanakan langkah baru untuk mengelak berulangnya kesilapan ketika mencetak kad undi, selepas hampir 10,000 pengundi dalam Pilihan Raya Presiden baru-baru ini menerima dua kad undi, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam Chan Chun Sing pada Isnin (18 Sep).
"Disebabkan kesilapan manusia, data cetakan ujian dikumpulkan bersama data cetakan semasa ketika kad undi bagi pengundi di GRC Tanjong Pagar dicetak.Oleh itu, isi rumah yang terjejas menerima dua kad undi" kata Encik Chan di Parlimen, sebagai menjawab soalan mengenai isu tersebut.
Untuk mengelakkan kesilapan serupa berlaku pada masa depan, ELD menetapkan agar syarikat pencetak mengetatkan proses jaminan mutu dalamannya bagi memastikan kad undi cetakan ujian tidak dihantar pada pilihan raya masa depan, tambah Encik Chan.
ELD dan syarikat pencetak akan menjalankan pemeriksaan bersama untuk memastikan bahawa semua kad undi cetakan ujian dimusnahkan sebelum kad undi sebenar dicetak.
Anggota Parlimen (AP) GRC Tanjong Pagar Joan Pereira bertanya sekiranya terdapat kekeliruan atau masalah yang dilaporkan oleh pengundi yang terjejas pada Hari Mwngundi, dan sama ada terdapat pengundi yang tidak dapat mengundi akibat isu tersebut.
Disebabkan kedua-dua kad undi ujian dan kad undi sebenar menunjukkan stesen mengundi yang sama, pengundi tidak menghadapi masalah untuk mengundi selagi mereka pergi ke stesen mengundi yang betul, jawab Encik Chan.
Kad undi ujian itu hanya menjejas nombor siri kad undi, yang tidak menentukan sama ada seseorang warga Singapura boleh mengundi atau tidak, tambahnya.
"Kami percaya tidak terdapat pengundi yang tidak dapat membuat pilihan mereka disebabkan menerima kad yang sama."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.