Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Proses penghasilan pembekal makanan dipantau dengan diteliti

Proses penghasilan pembekal makanan di sini selalu dipantau dengan diteliti oleh pihak berkuasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Sep 2020 06:37PM Dikemas Kini : 21 Sep 2020 08:56PM

SINGAPURA: Proses penghasilan pembekal makanan di sini selalu dipantau dengan diteliti oleh pihak berkuasa.

Bahkan, pembekal baru tertakluk kepada lebih banyak pemeriksaan.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing menambah langkah tersebut bertujuan menjamin makanan selamat dimakan para pembeli di Singapura mahupun rantau ini.

Komen tersebut sebagai mengulas tentang beberapa kejadian di negara-negara lain di mana virus COVID-19 dikesan pada makanan yang diimport atau dieksport.

Salah satu yang terbaru berlaku di Indonesia.

Produk ikan beku keluaran syarikat makanan laut negara itu, PT Putri Indah, didapati dicemari virus tersebut.

Sejak Jumaat lalu Indonesia sudah menggantung eksport produk terjejas ke China.

China pula mendakwa sotong diimportnya dari Rusia juga dicemari virus COVID-19.

Pakar-pakar berkata seseorang boleh dijangkiti COVID-19 dari makanan sejuk atau beku yang tercemar.

Namun risikonya amat rendah kerana adanya piawai kebersihan antarabangsa yang tinggi untuk mencegah jangkitan sedemikian.

"Pada bila-bila masa sahaja, waktu COVID atau bukan COVID, akan ada banyak cabaran dari pelbagai produk makanan dan kita harus tetap berwaspada untuk memastikan produk makanan yang dibawa masuk ke Singapura atau yang melalui Singapura, terjamin (selamat) bagi para pengguna kita dan pembeli di rantau ini," menurut Encik Chan Chun Sing. 

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan