Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Proses mengesahkan kelayakan pendidikan pemohon Pas Pekerja sudah ada, kata syarikat-syarikat

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Banyak syarikat di Singapura sudah mengesahkan kelayakan pendidikan warga asing yang diambil bekerja menggunakan Pas Pekerja (EP), kata syarikat dan pakar sumber manusia kepada Mediacorp.

Bagi syarikat-syarikat itu, tidak banyak yang akan berubah apabila syarat baru Kementerian Tenaga Manusia (MOM) untuk mendapatkan bukti pengesahan daripada pihak ketiga berkuat kuasa pada September.

MOM mengumumkan minggu lalu bahawa syarikat-syarikat perlu mengesahkan kelayakan pendidikan pemohon EP yang mempunyai pensijilan peringkat diploma atau lebih tinggi.

Pada masa ini, bukti pengesahan hanya perlu dikemukakan jika kelayakan pendidikan pendidikan calon bukan daripada institusi bertauliah.

Menurut syarikat-syarikat saringan latar belakang, proses pengesahan lazimnya melibatkan menghubungi institusi pendidikan atau ejen yang diberi kuasa, untuk mengesahkan kelayakan tersebut adalah sahih.

<<BACA: Majikan diwajibkan periksa kesahihan kelayakan pendidikan pemohon Pas Pekerjaan mulai Sep>>

SEMAKAN PRA-PEKERJAAN

Syarikat berbilang negara (MNC) di Singapura memberitahu Mediacorp bahawa proses pengesahan sedia ada sudah mempunyai pemeriksaan pra-pekerjaan, termasuk mengesahkan kelayakan pendidikan.

“Kami sudah mengamalkan dari dahulu lagi untuk jalankan saringan dan pengesahan bagi pemohon kerja di Singapura,” kata jurucakap ExxonMobil, sambil menambah bahawa ia akan mematuhi sebarang langkah baru yang diperkenalkan Pemerintah.

Cik Jacinta Low, naib presiden kanan sumber tenaga kerja di OCBC, berkata: "Sebagai sebahagian daripada proses pengambilan pekerja kami, pada masa ini kami menggunakan khidmat pihak ketiga bagi mengesahkan semua kelayakan pendidikan calon, tanpa mengira kewarganegaraan atau status pekerjaan."

PENGESAHAN BOLEH PANJANGKAN PROSES PERMOHONAN

Agensi pekerjaan Randstad menyatakan bahawa kebanyakan syarikat menjalankan pemeriksaan latar belakang secara bebas ke atas pemohon.

“Sungguhpun begitu, tidak semua syarikat akan melakukan demikian buat setiap pemohon, terutamanya jika individu itu sudah menetap dan bekerja di Singapura atau mempunyai pengalaman yang lama bekerja di pelbagai firma terkenal di hab kewangan dan perniagaan global,” kata Cik Jaya Dass, pengurus Randstad pengarah pengambilan tetap Asia-Pasifik.

Persatuan Syarikat-syarikat Kecil dan Sederhana (ASME) menegaskan bahawa tidak semua permohonan EP memerlukan bukti pengesahan kelayakan pendidikan.

Mulai September ini, semua permohonan baru bagi EP akan dinilai menerusi sistem berdasarkan mata, yang diberi nama rangka kerja Compass, bagi memastikan penilaian bakat asing yang lebih menyeluruh.

Permohonan EP akan dinilai di bawah empat kriteria dan dua kriteria bonus, dengan sehingga 20 mata bagi setiap satu.

Setiap permohonan memerlukan 40 mata untuk lulus, tetapi ia boleh diperoleh daripada kriteria lain - gaji, kepelbagaian kewarganegaraan dalam syarikat dan sokongan firma bagi pekerja tempatan.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan