Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Proses jagaan klinikal NUH 'wajar' dalam mengendali kes wanita keguguran kandungan: Janil Puthucheary

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Siasatan mendedahkan bahawa proses penjagaan klinikal di Hospital Universiti Nasional (NUH) adalah 'wajar' selepas seorang wanita hamil mendakwa beliau mengalami keguguran ketika menunggu di jabatan kecemasan hospital tersebut, kata Menteri Negara Kanan Kesihatan, Janil Puthucheary di Parlimen pada Selasa (5 April).

Dr Puthucheary menyampaikan takziah kepada keluarga tersebut dan memaklumkan bahawa NUH sudah menjalankan siasatan terperinci terhadap kes itu dan menyemak prosesnya dengan Kementerian Kesihatan (MOH) serta pengarah perkhidmatan perubatan.

Meskipun proses penjagaan klinikal hospital itu memang wajar, beliau berkata masih ada ruang untuk menambah baik cara berkomunikasi dan menyelaraskan khidmat memindahkan pesakit antara jabatan kecemasan dan bilik bersalin.

NUH sudah melaksanakan peningkatan itu, kata beliau.

Dr Puthucheary berkata pasangan itu sudah berbincang dengan pasukan NUH mengenai isu tersebut dan perkara itu sudahpun dihuraikan antara kedua pihak.

Suami wanita itu memuat naik catatan di Facebook baru-baru ini untuk memaklumkan perkara tersebut dan menjelaskan bahawa isterinya tidak dibiarkan tanpa pengawasan selama dua jam.

Dr Puthucheary menambah bahawa sebagai menghormati permintaan pasangan itu untuk privasi dan atas sebab kerahsiaan, beliau tidak akan memberikan butiran lanjut mengenai kes tersebut.

"Semua pesakit akan diperiksa dan dinilai berdasarkan sejarah kesihatan, gejala dan parameter klinikal supaya pesakit yang nyawanya terancam diberi keutamaan. Tidak ada pesakit yang akan dinafikan hak mendapat khidmat jagaan."

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan