Skip to main content

Singapura

Prosedur penerbangan dari arah utara, selatan ke Lapangan Terbang Seletar adalah perlu: MOT

Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Rabu (12 Dis) menyatakan bahawa prosedur penerbangan dari arah utara dan selatan ke Lapangan Terbang Seletar adalah perlu.

Anggaran Waktu Membaca:
Prosedur penerbangan dari arah utara, selatan ke Lapangan Terbang Seletar adalah perlu: MOT

Gambar fail pesawat.

Diterbitkan : 12 Dec 2018 11:29PM Dikemas Kini : 13 Dec 2018 01:03AM

SINGAPURA: Kementerian Pengangkutan (MOT) pada Rabu (12 Dis) menyatakan bahawa prosedur penerbangan dari arah utara dan selatan ke Lapangan Terbang Seletar adalah perlu.

MOT membalas kenyataan kementerian pengangkutan Malaysia awal hari ini (12 Dis), yang menggesa Singapura melaksanakan prosedur Sistem Pendaratan Alatan (ILS) dari arah selatan Lapangan Terbang Seletar, berbanding prosedur penerbangan dari arah utara.

Malaysia membantah penggunaan ILS di Lapangan terbang Seletar, kerana dikatakan membatas pembinaan bangunan tinggi di Pasir Gudang Johor, yang terletak di utara lapangan terbang tersebut.

Menjawab pertanyaan media, MOT menyatakan: "Prosedur-prosedur penerbangan bagi kedua-dua laluan arah diperlukan kerana pesawat mendarat dan berlepas mengikut arah tiupan angin. Dalam rantau ini, angin bertiup dari arah timur laut bagi separuh pertama  dalam setahun dan dari arah barat daya bagi separuh kedua.

MOT sudah memaklumkan perkara tersebut kepada Malaysia pada 29 Nov, semasa pertemuan antara pihak berkuasa penerbangan awam bagi kedua-dua negara.

Mengulas dakwaan Malaysia bahawa prosedur ILS bagi laluan penerbangan dari arah utara ke Lapangan Terbang Seletar "satu pencabulan jelas ke atas kedaulatan Malaysia dan undang-undang antarabangsa dan piawaian", MOT menyatakan: "Ini juga tidak benar."

Ia menekankan pada Rabu (12 Dis) bahawa pengurusan ruang udara rentas-sempadan tidak bertentangan dengan kedaulatan.

Di bawah aturan sekarang, pengurusan ruang udara di selatan Johor diwakilkan kepada Singapura, bermakna Singapura menyediakan khidmat kawalan trafik dalam ruang udara tersebut.

Aturan itu dipersetujui pada 1973 oleh Malaysia, Singapura dan negara-negara lain di rantau ini dan disahkan ICAO. Satu perjanjian dua hala kemudian ditandatangani antara Malaysia dan Singapura pada 1974 untuk mengendalikan perjanjian itu.

Bagaimanapun, Malaysia mengumumkan pada Selasa lalu bahawa ia ingin mengambil semula "ruang udara yang diwakilkan" di selatan Johor, atas sebab keprihatinan mengenai kedaulatan dan kepentingan negara.

Pada masa yang sama, Malaysia membantah penerbitan prosedur-prosedur ILS bagi Lapangan Terbang Seletar. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita