Skip to main content

Singapura

Projek tempatan mesti penuhi jumlah minimum amalan binaan mampan bermula Dis

Mulai Disember, projek-projek di sini mesti memenuhi jumlah minimum amalan binaan yang mampan, termasuk menggunakan simen rendah karbon dan produk-produk mesra alam.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Aug 2021 09:13PM Dikemas Kini : 05 Aug 2021 09:18PM

SINGAPURA: Pemerintah sedang mempergiatkan usaha untuk mengurangkan pengeluaran karbon dalam proses menghasilkan bahan-bahan.

Mulai Disember, projek-projek di sini mesti memenuhi jumlah minimum amalan binaan yang mampan.

Ini termasuk menggunakan simen rendah karbon dan produk-produk mesra alam.

Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee mengumumkan perkara itu semasa berucap di persidangan Trend Hartanah Mesra Alam pada Khamis (5 Ogos).

Encik Lee menambah industri sekitaran binaan sedang mewujudkan satu kaedah bagi menyelaraskan cara menilai kandungan karbon dalam bahan binaan.

Hampir 60 syarikat telah berikrar untuk memilih bahan binaan yang rendah kandungan karbon, selain mengurangkan bahan sisa.

"Ini bermakna lebih daripada penggunaan teknologi lebih cekap tenaga bagi meletakkan lebih banyak penekanan terhadap kemampanan di peringkat awal, apabila kita mereka bentuk dan membina, serta di peringkat lanjut, apabila kita menguruskan dan menyenggara bangunan-bangunan," kata beliau.

"Untuk mencapainya, pihak-pihak berkepentingan sepanjang rantaian nilai perlu bekerjasama di setiap peringkat reka bentuk, binaan dan proses penyenggaraan serta mengamalkan pendekatan bersepadu ke arah kemampanan." 

Sumber : CNA/AY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita