Projek "Stay Home Quilt" kumpul kisah masyarakat berdepan COVID-19
Sekitar 200 penduduk dan pekerja asing terlibat dalam kerja menghasilkan hamparan 'quilt' yang memaparkan perasaan mereka mengharungi pandemik COVID-19.
SINGAPURA: Sekitar 200 penduduk dan pekerja asing terlibat dalam kerja menghasilkan hamparan 'quilt' yang memaparkan perasaan mereka mengharungi pandemik COVID-19.
Projek "Stay Home Quilt" sudah dapat membantu sebahagian pesertanya menangani tekanan perasaan kerana perlu diasingkan.
Dimulakan pada Jun lalu, projek itu dianjurkan oleh badan amal Tzu Chi Singapura dan studio 3Pumpkins.
Ia bertujuan mengumpul kisah pelbagai lapisan masyarakat berdepan dengan pandemik COVID-19.
Maybank sudah mengikrarkan lebih S$10,000 bagi projek itu yang akan digunakan Tzu Chi untuk membiayai projek-projek dengan pekerja asing pada masa depan.
Badan amal itu sedang mencari tempat untuk mempamerkan 'quilt' tersebut apabila siap kelak.
Ia juga mengundang para pekerja rakyat Malaysia dan para pembantu rumah untuk menyertai sesi jahit-menjahitnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.