Skip to main content

Singapura

Projek PRAISE dilancarkan; cegah golongan warga emas dari jadi manga penipuan

Anggaran Waktu Membaca:
Projek PRAISE dilancarkan; cegah golongan warga emas dari jadi manga penipuan

Gambar: Facebook/ Sun Xueling

Diterbitkan : 30 Jul 2022 10:21PM
SINGAPURA: Sebuah projek hasil kerjasama Pusat Polis Kejiranan Sengkang dan RSVP Singapore iaitu Pertubuhan Sukarelawan Warga Emas dilancarkan pada Sabtu (30 Jul) untuk mencegah golongan tersebut daripada menjadi mangsa penipuan.

Projek PRAISE sedang merekrut sukarelawan dalam kalangan warga emas untuk meningkatkan kesedaran terhadap kes penipuan dalam kalangan rakan sebaya.

Setakat ini, lebih daripada 50 warga emas sudah menyertai projek tersebut.

Projek PRAISE berharap untuk mendapat sekurang-kurangnya 100 peserta menjelang akhir tahun ini.

Pihak polis berkata projek itu sudah mendekati lebih 520 warga emas.

Mereka juga mahu memperluaskan lagi projek tersebut di kawasan-kawasan lain menerusi kerja rapat dengan lebih banyak pertubuhan.

Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga Sun Xueling yang melancarkan projek itu pada Sabtu pagi (30 Jul) berkata,"Senjata yang paling berguna dalam memerangi penipuan adalah masyarakat yang pandai membuat penilaiannya".

"Selain itu, penglibatan sukarelawan dari peringkat umur yang sama juga sangat penting supaya warga emas lebih mempercayai nasihat mereka," tambah beliau.
Sumber : CNA/IA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita