Skip to main content

Singapura

Projek perumahan, ladang teknologi tinggi, kemudahan sukan: Apa yang boleh ditempatkan di tapak Singapore Turf Club

Anggaran Waktu Membaca:
Projek perumahan, ladang teknologi tinggi, kemudahan sukan: Apa yang boleh ditempatkan di tapak Singapore Turf Club

Gambar: Singapore Turf Club

Diterbitkan : 06 Jun 2023 11:39AM Dikemas Kini : 06 Jun 2023 11:45AM
SINGAPURA: Setelah dipulangkan kepada pemerintah pada 2027, apakah yang boleh dibangunkan di tapak Singapore Turf Club seluas 120 hektar di Kranji itu?

Pada Isnin (5 Jun), pemerintah mengumumkan perlumbaaan terakhir di Singapore Turf Club akan diadakan pada 5 Oktober tahun depan, dan tempat itu kemudian ditutup untuk memberi laluan kepada perumahan dan pelbagai kegunaan lain.


Apabila ditanya mengenai jumlah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang boleh dibina di tapak tersebut, Menteri Kedua Pembangunan Negara Indranee Rajah berkata masih terlalu awal untuk buat anggaran, namun ia akan menjadi sebahagian daripada racangan lebih luas bagi pembangunan bahagian utara Singapura.

Seorang jurucakap Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) menjelaskan bahawa tapak tersebut dilihat sebagai "(tapak) baru" yang akan dilihat secara holistik, mengambil kira ciri-ciri kawasan tersebut.

Beliau menambah bahawa kawasan di sekitar tapak tersebut, terletak berdekatan dengan Paya Kranji dan hutan simpanan hidupan liar Mandai. Maka itu, URA akan mengambil kira ciri-ciri disekitarnya.

Kawasan tanah tersebut lebih besar daripada estet Bidadari seluas 93 hektar, meskipun lebih kecil daripada bandar HDB, dengan bandar paling kecil iaitu Jurong East, berukuran seluas 384 hektar.

Pengerusi Singapore Turf Club Niam Chiang Meng, malah, menarik perhatian bahawa seluruh Taman di Pesisiran (seluas 101 hektar) boleh ditempatkan dalam tapak tersebut, yang terletak bersebelahan dengan stesen MRT Kranji.

PERUMAHAN BARU

Penganalisis menganggarkan jumlah rumah yang boleh dibina di tapak Singapore Turf Club dalam lingkungan 20,000 hingga 40,000, tertakluk kepada racangan masa depan bagi kawasan tersebut.

Seorang pengurus di Property Guru Dr Tan Tee Khoon, berkata kali terakhir sebuah kawasan tanah yang besar disediakan untuk pembangunan adalah bagi projek Daerah Jurong Lake.


Selain menarik penduduk yang gemarkan alam semulajadi, kawasan itu juga dekat dengan Koswe, lantas amat menarik bagi mereka yang sering berulang-alik ke seberang tambak, tambah Cik Tricia Song, Ketua Penyelidikan CBRE untuk Asia Tenggara.

"Sekolah Amerika Singapura terletak kurang 1km, dan terdapat juga estet perindustrian dan taman fabrik wafer berdekatan. Jadi, akan wujud pemintaan bagi rumah privet untuk disewakan,"katanya.

PERLU LEBIH BANYAK PRASARANA


CEO PropNex Encik Ismail Gafoor, berkata usaha menyuntik nafas baru bagi Kranji sebagai sebuah bandar baru akan menyokong pembangunan Pusat Serantau Woodlands, yang dijangka menjadi hab ekonomi terbesar di utara Singapura.

"Oleh kerana prasarana yang terdapat sekarang ini di Kranji agak terhad, lebih banyak pilihan membeli-belah, tempat makan dan minuman, serta jagaan kanak-kanak, misalnya, penting dalam menyokong dan menambah (bilangan) penduduk di kawasan tersebut," tambahnya.


Encik Lee pula berkata sebuah taman bertema atau kemudahan sukan juga boleh dipertimbangkan memandangkan Sekolah Sukan Singapura sudah terletak di Woodlands.

Kegunaan lain yang boleh dipertimbangkan termasuk hotel atau ladang teknologi tinggi, kata Dr Lee Nai Jia, dari PropertyGuru Group.
 

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita