Projek perintis SGH kurangkan masa menunggu bagi kes kecemasan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pesakit dengan keadaan tidak serius akan menunggu kurang daripada 15 minit untuk bertemu doktor di jabatan kecemasan (A&E) Hospital Besar Singapura (SGH).
Ini sekiranya mereka memanfaatkan khidmat tele-kesihatan SGH yang baharu.
Sebelum ini, pesakit dengan keadaan seperti selesema atau terseliuh ringan terpaksa menunggu sehingga tujuh jam.
Ia adalah sebahagian projek perintis SGH selama enam bulan untuk meringankan beban tugas A&E sebanyak sehingga 20 peratus.
Lebih 300 pesakit melalui pintu kecemasan di SGH setiap hari.
Kebanyakan kes memerlukan rawatan perubatan segera, seperti penyakit atau kecederaan yang teruk.
Bakinya kurang mendesak seperti mereka yang menghidap selesema biasa atau selesema perut, dan ia membentuk kira-kira 50 hingga 70 kes, atau kira-kira seperlima daripada beban A&E harian.
Kes-kes yang tidak mendesak kini akan dialihkan kepada konsultasi online kendalian doktor keluarga.
Ini akan memastikan bahawa tenaga A&E dapat digunakan dengan lebih cekap.
"Ia membantu kami membahagikan tenaga dengan lebih baik, membantu kami mengoptimumkan tenaga kerja kami dengan lebih baik. Tenaga manusia adalah sesuatu yang saya fikir di mana-mana dalam sektor jagaan kesihatan adalah sangat kekurangan dan sangat kritikal," Ketua dan Konsultan Kanan SGH Profesor Madya Kenneth Tan.
"Dan ini membolehkan kami bekerja dengan bijak dan juga dapat mengalihkan apa sahaja tenaga yang kami ada kepada pesakit yang memerlukan penjagaan," tambahnya.
Kira-kira 30 pesakit menggunakan khidmat itu sejak dilancarkan tiga minggu lalu.
Ia disediakan 24 jam sehari.
Pesakit perlu mendaftar sendiri, sebelum berjumpa doktor ^dan boleh mendapat bantuan jururawat sekiranya perlu.
Ubat-ubatan yang diperlukan pula akan dihantar kepada pesakit dalam tempoh tiga jam.
Sekiranya berjaya, projek tersebut boleh dilanjutkan enam bulan lagi dan mungkin ditempatkan di A&E baharu SGH pada masa hadapan.

Sumber : CNA/SM/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.