Skip to main content

Singapura

Projek perintis diadakan, bantu lebih ramai warga emas guna kredit Pas Budaya

Lebih banyak sokongan akan dihulurkan kepada warga emas yang menghadapi kesukaran untuk mengakses atau menebus kredit Pas Budaya bernilai $100 secara online.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Oct 2025 07:26PM Dikemas Kini : 13 Oct 2025 03:15PM
SINGAPURA: Lebih banyak sokongan akan dihulurkan kepada warga emas yang menghadapi kesukaran untuk mengakses atau menebus kredit Pas Budaya bernilai $100 secara online.

Begitu juga bagi mereka yang kurang berupaya untuk menghadiri acara secara fizikal.

Inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada projek perintis oleh Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), bagi menggalak lebih ramai orang menyertai aktiviti seni dan warisan tempatan.

Aktiviti-aktiviti seni juga turut menjadi sebahagian daripada projek perintis untuk warga emas menggunakan kredit Pas Budaya $100 mereka.

Menerusi kerjasama antara MCCY dan agensi seperti Pusat Penuaan Aktif (AAC) dan rumah penjagaan, warga emas berpeluang menikmati pengalaman seni.

Warga emas akan dibantu untuk menebus, merancang dan mengenal pasti program yang sesuai bagi mereka.

Projek perintis itu menyasar untuk membantu lebih 150 warga emas dalam tempoh dua bulan.

Secara keseluruhan, sejak pelancarannya bulan ini, lebih S$1.8 juta dalam bentuk kredit Pas Budaya digunakan, dengan lebih 320,000 orang mendaftar secara online.
Sumber : CNA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita