Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Projek perintis dapatkan data kesan hujan terhadap isyarat mudah alih

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Jan 2022 12:38AM Dikemas Kini : 22 Jan 2022 12:42AM

SINGAPURA: Mendapatkan data tentang kesan hujan terhadap kekuatan isyarat mudah alih.

Ini akan menyediakan agensi air negara PUB dengan sumber maklumat tambahan mengenai kadar hujan.

Kolaborasi perintis antara syarikat StarHub dengan Institut Hydroinformatics itu bertujuan untuk memanfaatkan data mengenai kekuatan isyarat antara stesen pangkalan mudah alih apabila hujan berlaku.

Pada masa ini, kadar hujan diukur menerusi tolok hujan dan pantauan CCTV.

Namun dengan hanya 80 tolok di merata negara, dengan jarak kedudukannya yang terlalu jauh, menyukarkan pengumpulan data resolusi tinggi.

Dengan memanfaatkan ribuan stesen pangkalan mudah alih StarHub, ia meningkatkan jumlah tempat pengumpulan data.

Ia juga lebih mudah untuk meramalkan lokasi tepat di Singapura yang paling terdedah kepada banjir.

Konsep itu adalah antara empat pemenang cabaran inovasi agensi air negara PUB.

Sumber : CNA/HK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan