Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Projek percubaan 6 bulan, laluan khusus berbasikal dekat Lapangan Terbang Seletar pada pagi Ahad, kata LTA

Anggaran Waktu Membaca:
Projek percubaan 6 bulan, laluan khusus berbasikal dekat Lapangan Terbang Seletar pada pagi Ahad, kata LTA

(Gambar: Penguasa Pengangkutan Darat LTA)

SINGAPURA: Sebuah laluan berbasikal baru yang beroperasi setiap pagi Ahad bermula 16 Oktober ini di West Camp Road di Seletar, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Rabu (31 Ogos).

Penunggang juga dapat berbasikal dalam saiz kumpulan yang lebih besar berbanding apa yang dibenarkan di jalan raya.

Dalam satu catatan Facebook pada Rabu, LTA menyatakan laluan berbasikal itu akan ditandakan dengan garis biru, di mana ia hanya boleh digunakan bas dan penunggang basikal setiap Ahad dari 5.00 pagi hingga 11.00 pagi selama sekitar enam bulan.

Sebuah infografik yang dikongsi LTA menunjukkan laluan berbasikal yang dikhususkan di kedua-dua bahagian West Camp Road. Laluan tersebut terletak berdekatan dengan Taman Aeroangkasa Seletar dan Lapangan Terbang Seletar, yang merupakan sebuah kawasan popular dalam kalangan penunggang basikal.

LTA tidak menyatakan berapa panjang laluan yang dikhususkan itu,namun berdasarkan Google Maps, ia dianggarkan sepanjang 2.2 kilometer sehala.

Projek percubaan di Seletar itu diumumkan pertama kali oleh Setiausaha Parlimen Kanan Pengangkutan Baey Yam Keng semasa sesi perbahasan parlimen mengenai belanjawan kementerian itu.

Encik Baey berkata beliau maklum mengenai hasrat penunggang basikal untuk berbasikal dalam kumpulan yang lebih besar selepas garis panduan baru yang diperkenalkan pada awal tahun ini untuk menghadkan saiz kumpulan berbasikal di jalan raya. Ini demi meningkatkan keselamatan berbasikal di jalan raya.

Penunggang basikal boleh berbasikal dalam kumpulan lima orang dalam satu barisan.

Setakat ini, ada sekurang-kurangnya dua laluan khas berbasikal di merata Singapura.

Salah satunya di Tanah Merah Coast Road dekat dengan Lapangan Terbang Changi, di mana setiap laluan adalah sepanjang 10 kilometer.

Laluan kedua ialah di Pulau Sentosa, sepanjang 4.5 kilometer.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan