Projek peluasan Marina Bay Sands menelan belanja AS$8 bilion
Anggaran Waktu Membaca:
Majlis pecah tanah Marina Bay Sands pada 15 Julai 2025. (Gambar: CNA/Faith Ho)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Las Vegas Sands pada Selasa (15 Jul) mengadakan upacara pecah tanah bagi pembinaan projek peluasan Marina Bay Sands (MBS) bernilai AS$8 bilion (S$10.3 bilion).
Upacara pecah tanah itu dirasmikan oleh Perdana Menteri Lawrence Wong.
Turut hadir ialah Menteri Kemampanan dan Sekitaran merangkap Menteri Bertanggungjawab Bagi Hubungan Perdagangan Grace Fu dan para eksekutif kanan dari Las Vegas Sands - Pengasas Bersama Miriam Adelson, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Robert Goldstein, serta Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Patrick Dumont.
Buat masa ini, projek yang diberi nama IR2 telah disifatkan sebagai "tempat peranginan dan destinasi hiburan yang sangat mewah" yang bertujuan untuk "mentakrifkan semula piawai industri dengan lebih lanjut dan mewujudkan pelancongan mewah, hospitaliti dan hiburan", menurut firma itu dalam kenyataan medianya.
Direka oleh Safdie Architects, firma yang berpangkalan di Amerika di sebalik reka bentuk MBS, bangunan baharu itu akan menjadi menara hotel dengan sebanyak 570 suite.
Saiz purata suite di menara setinggi 55 tingkat itu lebih besar daripada apa yang kini tersedia di MBS, kata Encik Dumont dalam temu bual dengan Mediacorp.
Terdapat juga lebih banyak butik runcit mewah, restoran mewah dan khidmat kesejahteraan, kawasan perjudian baharu, kira-kira 200,000 kaki persegi ruang mesyuarat premium, serta arena hiburan dengan 15,000 tempat duduk yang direka untuk menganjurkan persembahan jelajah serantau dan antarabangsa serta acara langsung berskala besar.
Sama seperti Marina Bay Sands yang terkenal dengan 'skypark' ikoniknya, menara baharu itu akan mempunyai pengalaman atas bumbung berbilang tingkat yang diberi nama "Skyloop".
Berkeluasan 76,000 kaki persegi dan menawarkan pemandangan 360 darjah latar langit Singapura, ia akan menjadi gabungan kedua-dua ruang awam dan privet.
Di tingkat bawah, "Skyloop" akan menawarkan beberapa tempat akses awam, termasuk balai cerap, restoran dan taman yang menghijau.
Di atas pula, para tetamu boleh menjangkakan "pengalaman istimewa" yang terdiri daripada kabana privet, kolam infiniti serta teres kesejahteraan yang direka khas untuk acara yoga, kesenian dan acara-acara khas, menurut kenyataan media tersebut.
Pelan untuk projek baharu di MBS pertama kali diumumkan pada 2019 sebelum ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.
Kos pembinaannya meningkat lebih dua kali ganda daripada anggaran awal AS$3.3 bilion pada 2019 disebabkan oleh faktor-faktor seperti inflasi, pandemik dan kos buruh dan bahan yang lebih tinggi.
Projek itu kini dijangka siap menjelang Jun 2030 dengan pembukaan rasminya dijadualkan pada Januari 2031, tertakluk kepada kelulusan daripada pemerintah Singapura.
Dalam kenyataan medianya, Las Vegas Sands menyatakan bahawa kemampanan akan menjadi "nadi" seni bina dan amalan projek itu.
Sebagai contoh, ia akan menggunakan bahan dengan impak alam sekitar yang dikurangkan, seperti konkrit rendah karbon dan keluli kitar semula, untuk merendahkan jejak karbon projek. Pelan pengurusan sisa pembinaan juga telah dilakarkan.
Semasa berucap di majlis itu, PM Wong, yang juga Menteri Kewangan, berkata kawasan Marina Bay kini menjadi "lambang kisah Singapura" - mewakili hab kewangan dan perniagaan yang berkembang maju, serta destinasi untuk mesyuarat, konvensyen, pelancongan dan hiburan.
Beliau menambah bahawa upacara pecah tanah pada Selasa (15 Jul) menandakan "lembaran baharu" untuk Marina Bay, dan apabila peluasannya selesai, ia akan memperkenalkan daya tarikan baharu dan menyegarkan latar langit Singapura.
Ruang konvensyen dan pameran tambahan juga akan membantu mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai destinasi utama untuk mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran di peringkat global.
PM Wong turut menarik perhatian bahawa di sebalik Marina Bay, seluruh kawasan dermaga - dari Bay East hingga Pasir Panjang - sedang mengalami "transformasi yang lebih luas dan bercita-cita tinggi" dengan potensi untuk memperkenalkan lebih banyak pilihan komersial, rekreasi, hiburan dan perumahan.
“Apabila kami memutuskan untuk membina pusat peranginan bersepadu itu pada 2005, ia merupakan satu langkah berani bagi Singapura – untuk membayangkan semula landskap pelancongan kami dan menyegarkan daya tarikan kami,” kata PM Wong.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.