Projek Pelita Hati 2024: Anak-anak banduan sumbang 300 botol kuih Raya kepada keluarga memerlukan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Edisi ke-6 Projek Pelita Hati anjuran Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) tahun ini lebih istimewa dengan pendekatan yang lebih unik dan inovatif.
Ini bagi menyuntik keceriaan pada penerima bantuan dalam bulan Ramadan ini dan Syawal yang bakal menjelang.
Acara yang diadakan di Pusat Pengalaman dan Hab Inovasi Global SATS di The Arts House pada Sabtu (30 Mac) itu dihadiri 22 keluarga para banduan.
Menarik tahun ini, seramai 12 cef dari SATS Experiential Centre dan Persatuan Cef Singapura menggunakan kepakaran dan minat mereka bagi tujuan murni iaitu dengan mengajar kanak-kanak kepada para banduan, cara-cara untuk membuat kuih dan biskut raya.
Kanak-kanak itu kemudian akan memberikan 300 botol kuih-muih hasil air tangan mereka sendiri kepada keluarga berpendapatan rendah dalam masyarakat.
"Matlamat HGEF tetap sama setiap tahun, iaitu untuk membahagiakan anak-anak pesalah dadah dalam bulan Ramadan mendekati Hari Raya," kongsi Setiausaha Kehormat HGEF, Haslinda Putri Harun kepada wartawan Nurfazirah Azman.

Beliau turut berbesar hati dengan sokongan dan kerjasama daripada Persatuan Chef Singapura serta Pusat Pengalaman dan Hab Inovasi Global SATS yang menaja lokasi.
Inisiatif oleh Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) bersama Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Jabatan Penjara Singapura (SPS) itu bermatlamat untuk menyuntik keceriaan dan menghulurkan sokongan emosi kepada anak-anak para banduan.
"HGEF akan berusaha untuk membimbing anak-anak ini supaya dapat keluar dari pemikiran bahawa mereka adalah “mangsa”. Anak-anak ini membesar dengan melihat ibu bapa dan keluarga mereka sentiasa meminta-minta bantuan.
"HGEF ingin mengubah mentaliti itu. HGEF ingin menunjukkan kepada anak-anak ini, pada keluarga-keluarga ini bahawa hanya dengan memberikan sumbangan tenaga dalam membantu orang lain, barulah mereka dapat memperkasa diri mereka sendiri," kata Cik Haslinda.

HARAP KELUARGA YANG DIBANTU DAPAT SUMBANG KEMBALI KEPADA MASYARAKAT KELAK
Turut hadir untuk menyerikan acara adalah Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri, Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Beliau mengalu-alukan pendekatan unik HGEF dalam acara tahun ini.
"Pada hari ini, kita dapat melihat HGEF mengadakan program yang sangat inovatif, kreatif dan menggembleng tenaga dengan pakar-pakar yang boleh menunjukkan apa yang anak-anak keluarga ini boleh lakukan untuk mempelajari kemahiran.

"Jadi kami akan terus memberikan sokongan dan bekerjasama dengan pihak-pihak ini kerana ini demi kemaslahatan dan kehidupan bukan sahaja para banduan tetapi anak-anak mereka, keluarga mereka yang berada di luar apabila mereka berada di dalam penjara," kata Dr Faishal.
Beliau berharap kanak-kanak yang menghadiri acara itu juga dapat menyumbang kembali kepada masyarakat kelak.
"Harapan saya adalah ia akan mencetus dalam diri mereka, hati mereka, supaya satu hari mereka menyumbang kembali kepada masyarakat di mana apabila mereka telah membesar dan mempunyai sumber-sumber tidak kira kecil ataupun banyak tapi naluri nilai dan juga tabiat untuk menyumbang boleh dibangunkan. Ini adalah harapan bukan sahaja daripada saya tetapi masyarakat kita," kongsi Dr Faishal.

22 keluarga yang hadir juga menerima baucar NTUC bernilai S$100 setiap satu dan setiap kanak-kanak pula mendapat duit raya sebanyak S$100.
Selain itu, kanak-kanak juga menerima kad Hari Raya yang ditulis sendiri oleh ibu bapa mereka yang masih dalam tahanan.
Juga istimewa tahun ini, mereka dihantar pulang dari tempat acara menaiki kereta-kereta klasik yang dipandu para relawan dari syarikat Classic Car Club.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.