Projek masyarakat yang galak amalan mesra alam kini boleh guna dana S$50 juta
Projek-projek yang diterajui masyarakat bagi mengurangkan pembaziran makanan dan menjaga biodiversiti kini boleh menggunakan satu dana S$50 juta.
SINGAPURA: Projek-projek yang diterajui masyarakat bagi mengurangkan pembaziran makanan dan menjaga biodiversiti kini boleh menggunakan satu dana S$50 juta.
Ia sebahagian daripada usaha untuk mencapai matlamat-matlamat kemampanan di Singapura.
Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu mengumumkannya di satu acara penghargaan siang tadi (25 Nov).
Projek-projek masyarakat yang menggalakkan amalan mesra alam boleh juga mendapat subsidi sehingga 80 peratus bagi menampung kosnya, dihadkan sehingga S$1 juta di bawah Dana SG Eco itu.
Permohonan ditutup pada akhir Januari depan.
Cik Fu berkata usaha menggalakkan kemampanan adalah usaha masyarakat.
Beliau memuji usaha-usaha sedemikian seperti mengadakan kebun-kebun masyarakat dan sudut membuat kompos di estet-estet perumahan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.