Skip to main content

Singapura

Projek lukisan dinding dilancarkan sempena dwiabad S'pura

Sebagai sebahagian daripada memperingati 200 Tahun Singapura, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) melancarkan satu projek lukisan dinding hari ini (2 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Mar 2019 09:38PM Dikemas Kini : 02 Mar 2019 10:45PM

SINGAPURA: Sebagai sebahagian daripada memperingati 200 Tahun Singapura, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) melancarkan satu projek lukisan dinding hari ini (2 Mac).

Dinamakan "Meraikan Budaya Penjagaan Kami", lukisan dinding itu mahu menampilkan peristiwa-peristiwa penting dalam bidang penjagaan masyarakat Singapura sejak tahun 1800-an.

Lukisan dinding itu dijangka siap pada Ogos ini.

Orang ramai boleh melibatkan diri dalam membuat lukisan itu dengan menghadiri bengkel-bengkel yang diadakan pada hujung minggu ini di pusat beli-belah JCube.

Sesi hari ini merupakan sesi pertama daripada empat bengkel sedemikian.

Semasa menghadiri pelancarannya, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu menekankan mengenai pentingnya amalan mengambil berat tentang orang lain.

"Kita berasa di Singapura, kejayaan masyarakat kita sebenarnya tidak ditakrifkan dengan berapa baik keadaan kita. Tetapi sebenarnya ditakrif dengan bagaimana orang yang berada membantu orang yang tidak berada.

"Saya rasa apabila kita mencapai tahap itu, kitalah Singapura - sebuah masyarakat berjaya di mana kita bukan sahaja prihatin tentang kejayaan peribadi dan kesejahteraan peribadi, tetapi juga sentiasa prihatin tentang orang-orang di sekeliling kita," kata Cik Fu.

Sumber : CNA/HA/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita