Projek 'Kebaya Crossing' raikan warisan dan keanggunan busana Melayu, suntik keceriaan pada musim perayaan
Anggaran Waktu Membaca:

Dari Kiri: Freda Mel dan Natasha Mel memperagakan busana kebaya di Geylang Serai. (Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Keindahan busana kebaya dapat sama-sama dihargai apabila ia diperagakan di depan khalayak ramai di bawah satu inisiatif 'Kebaya Crossing' oleh Mediacorp dengan kerjasama Orchard Road Fashion baru-baru ini.
Sempena Aidilfitri ini, video dan gambar-gambar para selebriti dan personaliti media sosial yang memperagakan baju-baju kebaya di Geylang Serai dimuatnaikkan ke platform media sosial Mediacorp Untukmu iaitu di Facebook, Instagram dan TikTok sejak 29 Mac lalu.
Ia juga bagi memberi penghargaan kepada pakaian tradisional kebaya yang sudah lama menjadi lambang keanggunan, warisan dan identiti masyarakat Nusantara.

Antara yang terlibat sama dalam projek ini ialah penyampai Berita dan Penerbit Kanan Unit Berita dan Ehwal Semasa Melayu Mediacorp, Nursha Ismail.
Beliau juga pernah dipilih Lembaga Warisan Negara (NHB) sebagai salah seorang personaliti untuk menyemarakkan penghargaan terhadap kebaya menerusi kempen digital #WeHeartKebaya.

"Geylang Serai sebagai pusat budaya Melayu yang sarat dengan nilai sejarah, memberikan elemen autentik yang menggalak perbincangan tentang pemeliharaan identiti dalam kepelbagaian. Dengan menggayakan kebaya di lokasi ikonik seperti Geylang Serai, ia bukan sekadar memperagakan keanggunan tetapi bagi saya, ia adalah satu retrospeksi terhadap sejarah dan identiti budaya.
"Detik paling manis adalah ketika disapa orang awam tentang busana kebaya saya yang menggabungkan unsur moden dan klasik. Kebaya yang direka khas oleh Kebaya Societe itu menggunakan renda (lace) dan kain kipas songket yang popular digayakan oleh seniwati era 60-an," kongsi Nursha.

KEBAYA CERMINAN IDENTITI KOLEKTIF WANITA MELAYU
Beliau juga menghargai peluang untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang keindahan busana tradisional itu.
"Kebaya mencerminkan identiti kolektif wanita Melayu, menghubungkan mereka bukan sahaja kepada sejarah nenek moyang tetapi juga kepada nilai-nilai budaya yang diwarisi turun-temurun. Dalam kehidupan moden, pelestarian kebaya menjadi penting untuk memastikan akar budaya terus kekal dan relevan bagi generasi akan datang," kongsi Nursha.
Dengan landskap fesyen yang berubah dengan pesat hari ini, beliau juga berpendapat bahawa kebaya dapat meraikan warisan dan budaya di negara ini.

"Kebaya memainkan peranan sebagai duta budaya dalam ruang fesyen global. Ia adalah satu cara menonjolkan keindahan dan seni tekstil Asia Tenggara ke pentas dunia. Keupayaannya untuk berkembang dan beradaptasi dengan fesyen moden menjadikannya elemen penting dalam mempromosikan pluralisme budaya.
"Di Singapura yang pelbagai etnik, kebaya membuktikan sebagai jambatan antara pelbagai masyarakat, mencipta rasa pemilikan dan pemahaman yang lebih baik dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Melalui proses ini, kebaya bukan sahaja berfungsi sebagai pakaian tetapi sebagai wadah untuk meraikan kebudayaan yang pelbagai dan mengukuhkan jati diri di tengah-tengah globalisasi," ujar Nursha.
Beliau merasakan bahawa pemakaian baju kebaya juga dapat memperkasa wanita dalam konteks tradisional dan moden.

"Dalam konteks moden, kebaya memperkasa wanita untuk menonjolkan identiti mereka dengan yakin dan berwibawa, seiring dengan perubahan norma sosial. Ia juga membina naratif mengenai bagaimana wanita dapat menghargai dan memelihara tradisi sambil berinovasi dengan seni dan fesyen kontemporari," kongsi Nursha.
GENERASI MUDA JUGA MAHU KEBAYA TERUS DILESTARIKAN
Bagi generasi lebih muda, pelakon dan bakat cilik, Freda Mel juga terpilih untuk terlibat sama dalam usaha itu.
Beliau teruja dapat terlibat dalam projek 'Kebaya Crossing' dan menekankan pentingnya untuk mengabadikan dan melestarikan kebaya untuk memastikan kesinambungan busana warisan Melayu itu.

"Sebagai bintang cilik dan generasi muda, Freda rasa bangga kerana dapat memperkenalkan pakaian tradisional yang begitu ikonik kepada lebih ramai orang.
"Kebaya bukan sahaja cantik tetapi juga penuh dengan sejarah dan budaya. Dapat menjadi sebahagian daripada projek ini memberi Freda peluang untuk lebih memahami dan menghargai budaya kita, serta menunjukkan kepada orang ramai betapa indahnya kebaya sebagai simbol warisan Melayu," kongsi Freda.
Beliau juga berpendapat bahawa kebaya melambangkan keindahan dan keunikan budaya Melayu.
"Ia bukan sahaja pakaian tetapi juga simbol adat dan tradisi yang telah lama wujud dalam masyarakat kita. Kebaya adalah pakaian yang penuh dengan keanggunan dan cerita dan ia harus terus dihargai serta dipelihara supaya generasi akan datang dapat mengenalinya dan merasa bangga dengan warisan ini," tambahnya.
Freda berharap dengan penglibatannya dalam projek itu, ia dapat menyuntik semangat buat generasi muda untuk terus menghargai dan melestarikannya.

"Freda berharap mereka tidak hanya melihatnya sebagai pakaian tetapi sebagai lambang penghormatan terhadap budaya kita. Tradisi ini perlu terus dilestarikan supaya ia tidak hilang ditelan zaman. Kita sebagai generasi muda perlu bangga dengan warisan kita dan memastikan kebaya terus hidup dalam masyarakat kita," kata Freda.
Selain Nursha Ismail dan Freda Mel, 'Kebaya Crossing' turut menampilkan personaliti TV, Nurul Aini dan dua anak perempuannya, pempengaruh media sosial, MakcikAlertSG dan model Rasyiqah dan Syahindah.

Anda boleh menyaksikan kandungan eksklusif 'Kebaya Crossing' di pelbagai platform media sosial 'Mediacorp Untukmu' di Facebook, Instagram dan TikTok.
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.