Projek FairPrice Share-A-Textbook gembleng tenaga relawan sediakan buku teks terpakai
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekali pandang, suasana di ruang pameran Hab Tampines Kita (OTH) pada 10 Disember kelihatan seperti satu acara jualan murah 'Black Friday'.
Namun, jka dilihat lebih dekat lagi, kebanyakan 'pembelinya' terdiri daripada golongan ibu bapa, ada yang bersama dengan anak-anak mereka yang sabar menanti giliran mereka untuk mendapatkan buku teks percuma.
Dalam kalangan mereka, ada yang membawa bagasi, beg guna semula dan kotak kadbod di atas troli.
Kanak-kanak pula membawa beg sendiri yang lebih kecil.
Buku yang didermakan diasingkan mengikut subjek dan tingkatan - dari Darjah 1 hingga Menengah 5 - dan disusun di atas meja dalam kawasan yang luas itu.
Ada juga bahagian lebih kecil bagi buku pengajian tinggi dan buku lain termasuk ensiklopedia, kamus dan cereka.
"Anda ada lima minit lagi," umum seorang sukarelawan pada sistem pembesar suara.
Selepas selesai membuat pilihan mereka dan meninggalkan kawasan itu, para sukarelawan yang memakai lanyard biru kembali menokok semula buku teks daripada kotak yang terletak di bawah meja.
Mereka yang menunggu di luar dibenarkan masuk selepas itu. Tiada had dikenakan bagi jumlah buku yang boleh diambil, namun setiap slot masa yang diberikan adalah sekitar setengah jam.

Projek FairPrice Share-A-Textbook - edisi yang ke-40 tahun ini - telah menyediakan 725,000 buku teks terpakai yang disumbangkan oleh orang ramai untuk membantu pelajar yang memerlukan dan menggalak tabiat kitar semula.
10 Disember adalah hari pertama yang dikhaskan buat 25,000 pelajar dari tujuh hingga 16 tahun.
Mereka disenarai pendek daripada pelbagai badan perkhidmaan sosial dan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) dan diberi keutamaan untuk mengambil buku teks sebelum akses diberi kepada orang ramai pada 11 dan 12 Disember.
Beberapa penerima yang ditemui Mediacorp memuji inisiatif untuk memastikan buku teks lama tidak terbazir, sambil menarik perhatian harga buku teks baru yang lebih mahal.

Ada juga tidak pasti projek itu dapat terus diadakan buat jangka masa panjang memandangkan pembelajaran melalui internet (e-learning) semakin berleluasa dalam kurikulum sekolah.
Cik Karen Tan, Ketua Perhubungan Korporat (pengurusan acara) di FairPrice Group, memberitahu Mediacorp bahawa sambutan daripada penerima "sangat menggalakkan".

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Kementerian Pendidikan (MOE) menyatakan buku teks yang dicetak, dilengkapi dengan bahan dan alat pembelajaran digital akan terus menjadi sebahagian daripada bahan pembelajaran untuk menyokong pembelajaran pelajar.
"Sekolah-sekolah boleh memilih dan menggunakan pelbagai bahan pembelajaran untuk memenuhi keperluan pembelajaran pelajar mereka," kata jurucakap MOE.
"Pelajar juga boleh memainkan peranan dengan mendermakan buku terpakai mereka."
Di sebalik inisiatif FairPrice itu adalah tulang empat kerat 2,700 sukarelawan, jumlah terbesar relawan melibatkan diri dalam projek itu sejauh ini.
Mereka sanggup meluangkan lebih 16,200 jam kerja untuk mengumpul, mengasingkan dan menyusun buku teks berkenaan.
Para sukarelawan termasuk dari rakan kongsi masyarakat dan sekolah serta kakitangan Fairprice Group dan orang awam.
BAGAIMANA BUKU TEKS DISUSUN
Perancangan bagi projek tahun ini bermula pada Julai apabila Cik Tan dan pasukannya mendapatkan kerjasama daripada 150 rakan kongsi masyarakat Fairprice Group.
Rakan-rakan kongsi itu membantu untuk mengumpulkan buku teks, mempromosikan projek berkenaan dan mendapatkan sukarelawan.
Projek itu dilancarkan pada akhir bulan Oktober hingga awal November.
Orang ramai mula mendermakan buku teks yang terpakai sepanjang tempoh satu setengah bulan di 177 tempat pengumpulan. Ia termasuk di pasar raya FairPrice dan cawangan FairPrice Xpress di stesen minyak Esso.

Bahkan, tarikh sumbangan dilanjutkan dari 30 November ke 7 Disember untuk memberi lebih banyak masa bagi penderma menghantar buku mereka di semua cawangan FairPrice.
Ia bagi memastikan sasaran mengumpul setengah juta buku teks tercapai.
Sepanjang tempoh itu, kenderaan logistik dikerahkan ke tempat pengumpulan setiap hari dan mengangkut buku ke gudang FairPrice dan kemudian ke OTH untuk diasingkan.
Sepanjang tempoh tiga minggu bermula pada November, sukarelawan mendaftar untuk syif enam jam bagi mengasingkan buku, memeriksa buku dengan senarai MOE dan memastikan ia tidak digunakan sepenuhnya.

JIMAT WANG DAN SELAMATKAN BUMI
Salah seorang penerima inisiatif itu, Ariffin Kamarulzaman,pelajar Menengah 1 di Sekolah Menengah St Patrick's, meninggalkan OTH dengan sebuah bagasi mengandungi sekitar 60 buku teks dan kertas ulang kaji dalam pelbagai mata pelajaran.
"Ia baik kerana buku itu percuma dan anda dapat menyelamatkan bumi," kata remaja 13 tahun itu. Ia merupakan tahun ketiga Ariffin mendapatkan buku teks percuma.
Seorang bapa, Alvin Tan, 47 tahun, juga berkata tahun ini merupakan kali ketiga beliau mendapatkan buku teks percuma buat dua anak serta dua anak saudaranya.
Setiap slot pilihan dihadkan kepada dua orang untuk memastikan keselamatan orang ramai di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.