Projek Dian@M³ diperluas ke tiga lagi kawasan, bantu lagi 500 keluarga di flat sewa
Lebih 500 lagi keluarga Melayu/Islam yang tinggal di flat sewa akan didekati, tambahan daripada sekitar 250 keluarga pada hari ini.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Projek Dian@M³ yang menyediakan sokongan menyeluruh kepada keluarga-keluarga Melayu/Islam di flat-flat sewa akan diperluaskan ke tiga lagi kawasan iaitu di Chua Chua Kang, Jurong dan Tampines.
Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman mengumumkan demikian dalam perdebatan Jawatankuasa Peruntukan di parlimen pada Isnin (6 Mac).
"Menerusi perluasan Projek Dian ini, lebih 500 lagi keluarga Melayu/Islam yang tinggal di flat sewa akan didekati, tambahan daripada sekitar 250 keluarga pada hari ini," kata Dr Maliki yang juga merupakan Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar.
Projek Dian@M³ dirintis pada 2021 di tiga kawasan - Geylang Serai, Bedok dan Jalan Besar.
Ia dikendalikan di bawah program M³ pemerintah iaitu rangkaian antara Mendaki, MUIS dan Mesra.
Mengulas tentang perkembangan skim itu setakat ini, Dr Maliki mendedahkan bahawa lebih 70 peratus daripada keluarga Melayu dalam fasa rintis program itu telah didampingi.

PERTINGKAT PENYELARASAN ANTARA AGENSI
Sementara itu, Dr Maliki berkata penyelarasan antara agensi-agensi pemerintah dengan badan-badan sukarelawan juga akan dipertingkat.
Ini katanya dapat menyediakan sokongan yang lebih bersepadu dan menyeluruh kepada golongan memerlukan yang menghadapi isu-isu rumit yang memerlukan sokongan pelbagai agensi pemerintah dan bukan pemerintah.
Bagi Duta Dian misalnya, agensi-agensi awam bekerjasama dengan Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS) untuk merancang kurikulum dan bahan-bahan pendidikan bagi kanak-kanak, dan melaksanakan kaedah penilaian yang kukuh.
"Untuk mengukur perkembangan setiap keluarga, SUSS membuat penilaian sistematik terhadap nota-nota catatan para Duta Dian semasa setiap lawatan, dan SUSS juga menemu ramah anggota keluarga untuk lebih memahami situasi mereka," jelas Dr Maliki.
RAKAN-RAKAN KERJA BARU
Dr Maliki turut berkongsi bahawa lebih banyak kumpulan masyarakat tampil atau melahirkan kesediaan untuk bekerjasama dengan M³ untuk memperluas dan memperdalam kesan terhadap masyarakat.
Mereka termasuk para penasihat kewangan yang ingin meningkatkan tahap celik kewangan masyarakat.
"Saya berbesar hati bahawa ramai daripada mereka berminat untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan para penduduk dan kami menjemput mereka untuk mengadakan ceramah kecelikan kewangan di M³ @ Bandar," kata Dr Maliki
Beliau juga mendedahkan para pemimpin Melayu/Islam mendekati kumpulan-kumpulan berbeza seperti pertubuhan belia, agensi perkhidmatan sosial dan kesatuan sekerja bagi berkongsi tentang saluran-saluran untuk mereka membuat sumbangan kepada masyarakat.

MEMBANGUN KEUPAYAAN SUKARELAWAN
Di samping itu, Dr Maliki menekankan pentingnya untuk memupuk keupayaan dan kemahiran para sukarelawan.
Untuk menyokong perkembangan program-program M³ seperti Projek Dian, setiap sukarelawan dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran supaya dapat berkhidmat secara berkesan.
M³ ECO yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan ini telah memperkenalkan sebuah Rangka Kerja Pembinaan Keupayaan Sukarelawan yang kukuh, agar dapat melengkapi para sukarelawan dengan kemahiran yang diperlukan untuk mendekati keluarga-keluarga sasaran.
"Sejak dilaksanakan pada September 2021, lebih 150 sukarelawan telah pun mengambil bahagian dalam program latihan ini. Mereka lebih yakin mendekati dan menjalin hubungan dengan para penduduk yang ditemui," jelas Dr Maliki.
Beliau berharap para sukarelawan akan terus menjadi sumber inspirasi supaya lebih ramai lagi dapat tampil ke hadapan.

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.