Projek DIAN@M³ dampingi 400 keluarga Melayu/Islam di flat sewa, jumlah relawan ditambah
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebanyak 400 keluarga sudah didampingi para relawan di bawah Projek DIAN@M³.
Sewaktu mula dirintis pada 2021 di Bedok, Geylang dan Jalan Besar, 250 keluarga mahu dibantu.
Tahun lalu, projek itu dikembangkan lagi kepada lagi tiga bandar iaitu Tampines, Jurong dan Chua Chu Kang dengan tambahan lagi 500 keluarga.
Ini bermakna sekitar 53 peratus daripada 750 keluarga sudah didampingi Projek DIAN@M³.
Inisiatif tersebut bertujuan untuk mendekati dan menyokong keluarga berpendapatan rendah di flat sewa untuk akhirnya dapat memiliki rumah sendiri.
Ia dijayakan oleh para relawan terlatih di bawah rangka kerja Projek DIAN@M³.
"Anda perlukan lebih banyak relawan untuk mendampingi mereka dengan lebih efektif. Kini nisbah DIAN adalah satu keluarga dengan dua relawan kerana kami tahu bahawa ia memerlukan banyak untuk membantu keluarga ini dan kami bersedia untuk memberikan dua relawan buat satu keluarga untuk memberi mesej kepada keluarga anda bahawa kami benar-benar prihatin dengan anda dan anak-anak anda," jelas Menteri di Pejabat Menteri, Dr Maliki Osman yang menerajui usaha tersebut.

"Kami juga mahu mereka faham mereka boleh membantu ahli keluarga lain. Jadi ini satu cabaran utama untuk mendapat lebih banyak kakitangan, relawan untuk bekerja dengan keluarga ini. Ia memerlukan usaha, kesabaran dan kepercayaan yang semua orang mempunyai potensi untuk memperbaiki diri," tambah beliau.
Bagi mempertingkatkan lagi usaha sedemikian, Projek DIAN@M³ akan saling melengkap dengan inisiatif-inisiatif di peringkat nasional seperti Comlink+.
"400 keluarga yang telah kita dekati, kita sudah fahami apakah keperluan mereka. Bukan semua blok-blok yang telah kita dekati sama dengan blok ComLink+, jadi apa yang akan kita lakukan ialah kita akan bekerjasama dengan ComLink+ untuk memastikan bahawa jika terdapat kesinambungan antara blok-blok ataupun keluarga yang akan didekati ComLink, kita akan bekerjasama dengan mereka," kata Dr Maliki.
"Tapi dalam masa yang sama juga jika blok-blok yang kita dekati belum menjadi sasaran ComLink, kerana ComLink mempunyai sasaran untuk mendekati semua keluarga di Singapura. Tetapi ini memerlukan masa," jelas beliau.

Dalam dua tahun ia dikendalikan, beberapa cabaran ditangani para relawan dan mereka cuba perbaiki dan mengatasinya.
"Kami melihat kepada tiga kumpulan keluarga. Keluarga warga emas yang tidak mempunyai sokongan dari anak-anak mereka. Jadi bagaimana kami mengurus mereka dan sokong mereka pada usia senja. Ada kumpulan pertengahan yang dahulu memiliki rumah namun kini menetap di flat sewa - mereka mempunyai potensi untuk membeli rumah sendiri dan kami membantu mereka dengan cara berbeza dan keluarga muda yang tinggal di flat sewa kerana bernikah pada usia muda dan ada ramai anak," kata Dr Maliki.
Menurutnya lagi, inisiatif itu memerlukan usaha, kesabaran dan kepercayaan bahawa semua orang mempunyai potensi untuk memperbaiki diri mereka.
KERJASAMA BADAN-BADAN PEMERINTAH DALAM PROJEK DIAN@M³
Dr Maliki juga gembira kerjasama dengan badan-badan pemerintah lain dalam projek itu juga membuahkan hasil dan diharap dapat memperkukuhkan sokongan dalam mendampingi keluarga Melayu/Islam.
"Kita bekerjasama dengan HDB untuk melihat sama ada keluarga ini berpotensi untuk mendapatkan rumah, untuk membeli rumah. Dan bagaimana kita mengalih mereka daripada kerja, mungkin kerja 'gig' di mana mereka tidak mempunyai caruman CPF, untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih stabil, mempunyai caruman CPF yang akan memberi mereka peluang lebih baik untuk mendapatkan pinjaman HDB dan kemudian untuk mendapatkan rumah flat mereka.
"HDB juga telah mempunyai dasar di mana jika keluarga tersebut berusaha dan mendapat 'booking' flat sewa mereka, HDB akan menghentikan seketika sewa yang dinaikkan buat keluarga itu," kata Dr Maliki.
Pada 2024, Projek DIAN@M³ akan terus diperkasa melalui kerjasama dengan pelbagai badan-badan pemerintah dan projek-projek lain di bawah rangkaian M³.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.