Projek BTO pertama dari tiga projek di Ulu Pandan dilancar Nov, tawar 1,330 flat
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: HDB
SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan melancarkan projek pertama Flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di Ulu Pandan - terdiri daripada 1,330 flat tiga dan empat bilik pada tawaran jualan bulan November 2022.
Projek tersebut merupakan yang pertama daripada tiga projek bagi kawasan timur Ulu Pandan yang akan mempunyai sebanyak 3,000 flat BTO keseluruhannya, menurut HDB dalam satu kenyataan pada Khamis (13 Okt).
Pelancaran itu diumumkan selepas rancangan pembangunan di tapak tersebut disemak semula menyusuli maklum balas daripada kumpulan pencinta alam semula jadi dan orang ramai serta hasil kajian sekitaran.
Estet Ulu Pandan seluas 33 hektar atau sebesar 46 padang bola sepak itu meliputi Commonwealth Avenue West, Ghim Moh Link, Terusan Ulu Pandan and Clementi Road, di tapak Hutan Dover.
Walaupun Ulu Pandan dipilih untuk pembangunan perumahan sejak 2003, pengumuman tentang kerja-kerja membangunkan kawasan itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan kumpulan pencinta alam semula jadi pada 2020 dan mencetuskan perbahasan mengenai pentingnya mengimbangi permbangunan dengan pemuliharaan alam semula jadi.
Pihak berkuasa mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai sekitaran yang dijalankan dari Disember 2020 hingga Mac 2021 dan memutuskan untuk membangunan kawasan timur Ulu Pandan bagi perumahan awam manakala memelihara kawasan barat buat tempoh pertengahan. Rancangan bagi kawasan barat Ulu Pandan yang dianggap lebih kaya dengan biodiversiti spesies flora yang terancam akan diteroka semula dalam kira-kira sedekad.
Pembangunan baru itu akan mempunyai taman atas bumbung, taman tumbuhan yang mengumpulkan air hujan serta laluan dan koridor hijau.
Laluan itu akan menyediakan persekitaran menghijau bagi menyokong kesejahteraan jasmani, sosial dan mental para penduduk.
Satu laluan sepanjang 1.6 kilometer yang merentasi estet itu contohnya bersambung ke Penghubung Taman Ulu Pandan.
Laluan terapeutik pula akan mempunyai taman terapeutik di mana penduduk boleh berkebun atau menikmati alam semula jadi. Laluan itu juga direka untuk membolehkan pengguna, terutamanya mereka yang mengalami demensia dan penjaga mereka, berjalan dengan mudah dan selamat.
Sebagai kewasan pertama HDB yang kurang penggunaan kereta atau atau car-lite, laluan kenderaan dibina jauh daripada dari laluan pejalan kaki utama. Ini bagi memastikan penduduk dapat berjalan dengan selamat.
Terdapat juga rangkaian laluan pejalan kaki dan berbasikal untuk ke pusat kejiranan dan kemudahan utama di Ghim Moh melalui Rangkaian Penghubung Taman.
Projek pertama di Ulu Pandan akan terletak berhampiran dengan MRT Dover yang akan mempunyai pusat komersil berdekatan termasuk kedai, pasar raya, dan tempat makan untuk penduduk.
Laluan bersenam akan menghubungkan taman bertingkat dan taman atas bumbung dengan stesen-stesen senaman. Selain itu, terdapat balapan untuk lari-lari anak sepanjang 600 meter yang menghubungkan tiga blok flat melalui jambatan di tingkat 34.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.